Header Ads

ads header

Flash News

Ketua Armada Muar isytihar keluar parti Bersatu bersama 40 ahli


MUAR, 9 OGOS:
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Muar, Riadilafan Ahmad mengumumkan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan video, hari ini.

Dalam kenyataan bersama Riad berkata, turut sama keluar parti dianggarkan seramai 40 ahli dan akan diikuti yang lain secara berperingkat

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Saya Riad Ahmad, Ketua Armada bahagian Muar bersama barisan tertinggi Armada dan sebahagian Armada bahagian Muar dengan ini mengisytiharkan bahawa kami meletakkan jawatan dan keluar daripada PPBM berkuatkuasa serta-merta.

“Tindakan ini diambil kerana kami telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PPBM yang nyata telah lari daripada perjuangan asal parti.

“Oleh yang demikian, kami tetap akan meneruskan perjuangan demi membawa suara anak muda dalam perjuangan bangsa, agama dan negara.

“Jangan takut. Lawan,” kata Riad, disambut sorakan sebahagian mereka yang dipercayai ahli Armada Bersatu.

Semalam, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tariq Ismail Mustafa turut mengumumkan keluar Bersatu.

Beliau berkata, terpaksa ‘berpatah arah’ bagi meneruskan perjuangan yang berlandaskan prinsip-prinsip dipegang bersama – menentang korupsi dan salah guna kuasa bagi membentuk bangsa dan negara yang bermaruah dan berintegriti.

Terdahulu sebelum itu, pada 7 Ogos, pengerusi Bersatu yang disingkir, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Dr Mahathir berkata asas perjuangan parti yang belum diberi nama itu masih mengekalkan dasar asal Bersatu yang diasaskannya bersama sebelum ini, iaitu menghapuskan rasuah dan kleptokrasi.

MR :  Ini serpihan kecil  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Rasanya bila dah cukup banyak orang orang Blackout dah keluar dari PPBM, maka parlimen akan dibubarkan dan mereka ni akan guna lambang cap kunci, kereta lembu, botol. Lepas tu akan hanyut gitu saja. Tak sedar lagi dah masuk perangkap politik. Kau ingat nak daftar parti baru senang. Dulu nak daftar Keadlian pun kena bantuan TGHH, itu pun tak kenang jasa dia.

    BalasPadam
  2. Tak tahu nak cakap apa lagi...si madey menyalahkan melayu lemah kerana banyak bilangan parti...dalam dia cakap begitu kemudian dia tubuh lagi parti baru....lidah ular pembelit macam ni pun ada lagi kluster tolol yang makan umpan

    BalasPadam
  3. Betul2 dia org ni pemikiran yg sgt2 singkat.
    apa pun kita doakan yg terbaik utk Tan Sri Mahyuddin dan juga yg lain2
    hanya Allah yg menentukan. kun fayakun kata Allah.

    BalasPadam