Lelaki Nepal pukul pengawal keselamatan dipenjara 4 bulan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nepal dihukum penjara 4 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama yang rakaman videonya tular di media sosial, 2 minggu lalu.
Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Ram Gopal Murau, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Malaysia.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditahan pada 3 Ogos lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul Eslam Husen, 26, menggunakan cota kayu sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa di ruang letak kereta sebuah kompleks membeli-belah di Taman Melati pada 12 tengah hari, 7 Julai lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang manakala tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan.
Menerusi video berdurasi 44 saat bertarikh 7 Julai lalu, kelihatan mangsa dipukul berkali-kali dengan cota kayu selain ditampar dan ditumbuk oleh suspek.
#Sumber : FMTMR : Netizen boleh menjadi mata-mata rakyat
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
"Lelaki Nepal pukul pengawal keselamatan dipenjara 4 bulan?" Keluar dari penjara terus halau keluar dari Malaysia. Orang asing walaupun ada permit jika melanggar undang-undang Malaysia wajib di halau dan disenarai hitam. Tindakan adalah perlu supaya undang-undang Malaysia dihormati.
BalasPadamPromosi Terkini Coway. Hubungi agen sah Coway 018-3113463 (En. Faris) atau layari website https://izwacoway.com/
BalasPadam.
Penapis Air Coway
Penapis Udara Coway
Tilam Coway
Promosi Coway
.
Free daftar, hantar, pasang, pindah dan servis.