Header Ads

ads header

Flash News

Menjawab kritikan Mat Said, Satukan muafakat UMNO-PAS diakar umbi dahulu kata MB


KUALA TERENGGANU –
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, penyatuan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu dapat terbentuk sekiranya ia dimulakan di peringkat akar umbi antara UMNO dan Pas.

Beliau menjawab demikian sebagai mengulas dakwaan tidak wujud penyatuan MN dalam kalangan Pas dan UMNO di Terengganu.

“Dalam ucapan penggulungan, saya ada menyebut bermula Januari 2021 kita akan tambah komposisi dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Dengan perubahan itu, komposisi sedia ada akan ditambah ahlinya terdiri daripada parti UMNO dan Bersatu yang menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat.

“Bagaimanapun, bilangan dan bagaimana kaedahnya masih sedang diteliti dan diperhalusi. Secara dasar mereka akan turut bersama dalam komuniti di peringkat kampung,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi penggulungan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Beliau berkata, perkara itu perlu diteliti kerana proses penyatuan dalam MN perlu dilakukan secara menyeluruh dan tidak gopoh kerana asas bagi penyatuan ini tidak boleh diterjemahkan dalam tempoh yang singkat.

“Perkara ini perlu dilakukan dengan cermat. Saya tak mahu kita hanya mampu selesaikan masalah di peringkat kepimpinan sahaja, tetapi di peringkat bawahan tidak selesai. Kita mahu kerjasama dalam MN ini dapat berjalan dengan baik di peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan.

“Kita bermula di peringkat kampung dan lihat kesannya bagaimana, jika kesannya positif, kita akan perkasakan dalam bentuk lain. Pada saya lebih baik kita buat satu demi satu supaya ia berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan bahawa terdapat individu tertentu yang memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), katanya lantikan itu bukan satu jawatan tetap kerana ia bertujuan membantu memulihkan syarikat dalam tempoh singkat.

“Berhubung pelantikan beberapa individu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukanlah jawatan tetap kerana mengikut kontrak masing-masing bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam syarikat berkenaan.

“Apabila kita ambil alih kerajaan sebelum ini banyak masalah dan kepincangan berlaku melibatkan pengurusan dan tatacara kewangan. Jadi, kita terpaksa ambil ‘pemain’ yang telah dikenali yang boleh selesaikan perkara ini dalam tempoh singkat.

“Kita percaya apabila rumah sudah ‘cantik’ nanti kita boleh membuka ruang lebih kepada anak-anak tempatan yang lain. Sebenarnya, nama-nama yang disebutkan menyandang jawatan itu bukanlah asing di Terengganu dan pernah bertugas di sini lebih dahulu dari saya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, individu yang mempunyai rekod tidak baik dan pernah dipecat turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat.

#Sumber :  Sinar Harian  

MR :  Mad Said ni gopoh, dia ingat 60 tahun bergaduh boleh satu sehari sahaja ke?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan