Header Ads

ads header

Flash News

MN sekali lagi menjadi pilihan rakyat. Genggamlah dengan erat. Kukuhkan kepercayaan ini...


Cameron Highlands? Rakyat pilih BN.
Semenyih? Rakyat pilih BN.
Rantau? Rakyat pilih BN.
Tanjung Piai? Rakyat pilih BN.
Kimanis? Rakyat pilih BN.
Chini? Rakyat pilih BN.
Hari ini, Slim juga pilih untuk bersama BN.

Satu demi satu pilhan raya, bagaikan ujian litmus untuk parti-parti politik.
Tidak mudah. Pelbagai faktor dipertimbangkan dan menjadi penentu keputusan rakyat.

Rekod pencapaian.
Perkhidmatan kepada rakyat di kawasan setempat.
Prestasi parti politik secara keseluruhan.
Kestabilan dan persefahaman politik.
Janji atau manifesto.
Calon.

Di setiap pilihan raya ini, rakyat membuat penilaian sama ada mereka yakin terhadap BN atau PH/proksi PH.

Keputusan dan suara rakyat jelas.
Rakyat pilih BN.

Lihat dari sudut lain, ini membawa isi hati dan mesej juga bahawa PH ditolak.
Warga pengundi Slim, terima kasih.

Terima kasih kerana meneruskan momentum kebangkitan perjuangan rakyat bersama BN.
Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Mohd Zaidi Aziz, calon BN dan anak tempatan, agar terus berkhidmat untuk penduduk Slim.

Saya yakin perkhidmatan cemerlang arwah Dato' Khusairi akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi oleh Mohd Zaidi.

Kepada seluruh jentera PRK Slim.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.

Sokongan padu MCA dan MIC jelas dengan sumbangan daripada golongan profesional dan muda kedua-dua komponen ini.

Kepada Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, kepimpinan PAS dan jentera PAS yang turut membantu.

Terima kasih dan BN amat menghargainya.

Sudah tentu, kehadiran pemimpin-pemimpin kanan PPBM juga.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kemenangan PRK Slim.

Bermula dari Himpunan Ummah pada 2018, sehingga kemuncak termeterainya Muafakat Nasional pada 2019.

Muafakat Nasional sekali lagi menjadi pilihan rakyat.

Barisan Nasional sekali lagi diberi keyakinan rakyat.

Genggamlah dengan erat. Kukuhkan kepercayaan ini. Berjuang dan membela rakyat dengan keikhlasan.
Ingat. Kuasa tetap di tangan rakyat.

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

NAJIB RAZAK

MR :    MN pilihan dan kehendak rakyat, jangan ada yang cuba gugat MN yang kiat bertaut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Umno jgn gila kuasa tapi muafakatlah bersama..dgr lah ckag tuan guru haji hadi,mudah2an ALLAH REDHA..KITA SEMUA.awas kejahatan PH .

    BalasPadam