Header Ads

ads header

Flash News

Najib dedah dokumen bukti kait Phang dengan Guan Eng dan Betty


Syarikat yang baru ditubuh milik Phang Li Koon dengan pendapatan amat rendah membayar kononnya “yuran” guaman RM372,000 kepada isteri Guan Eng.

Kenapa dan untuk khidmat apa syarikat baru ditubuh perlu bayar yuran guaman mahal giler tidak pula dijelaskan Guan Eng.

Keluarga Guan Eng juga dapat manfaat apabila Phang menjual banglo tanpa kolam renang kepadanya dengan harga berjuta-juta Ringgit di bawah harga pasaran.

Phang banyak berurusan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Guan Eng termasuk projek pembangunan hartanah dan diberi projek pusat hostel Juru bernilai lebih RM11 juta daripada Penang Development Corp (PDC) yang dipengerusi Guan Eng.

Satu lagi contoh ialah kes penjualan tanah kerajaan Taman Manggis dengan harga RM11 juta yang dikatakan jauh di bawah harga pasaran masa itu.

1
Plot tanah kerajaan negeri di Taman Manggis

Tanah ini berhadapan jalan utama, Jalan Burma dan bertentangan dengan Tune Hotel.

Sebelum DAP ambil alih kerajaan negeri, tanah ini adalah rizab untuk pembangunan fasa 2 projek perumahan rakyat (PPR) kos rendah Taman Manggis.

DAP batalkan projek fasa 2 itu dan menjual tanah kepada syarikat KLIDC dengan menggunakan kaedah projek penswastaan pada tahun 2010.

2
Gambar dari FB Najib Razak

KLIDC adalah milik boss dan rakan niaga Phang Li Koon sejak 20 tahun yang lalu.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/20-year-relationship-o…/

Boss KLIDC tulis surat permintaan kepada Guan Eng.

3
Gambar dari FB Najib Razak

Pembantu khas Guan Eng menghantar surat permintaan KLIDC bersama catatan Guan Eng kepada setiausaha negeri dan juga MBPP.

(apa permintaan KLIDC yang disetujui Guan Eng yang kemudiannya diarahkan kepada MBPP dan setiausaha negeri? Perlu tanya dia)

Tapi,nisbah plot pembangunan tanah KLIDC telah dinaikkan.

4
Gambar dari FB Najib Razak

Syarat pengunaan tanah juga telah ditukarkan daripada pusat perubatan sahaja ke pusat perubatan (30%) dan hotel (70%).

Lagi pelik ialah syarat dalam perjanjian penjualan ialah pembeli mesti bangunkan pusat kesihatan dalam masa 3 tahun.

Namun 10 tahun kemudian, tanah yang nilainya sudah naik berganda itu masih kosong dan kerajaan DAP tak pernah batalkan penjualan tersebut walaupun syarat penjualan sudah jelas dilanggar.

NOTA Tambahan. Tanah yang dibeli oleh KLIDC dari kerajaan negeri dengan harga RM11 juta pada tahun 2010 pernah dijual oleh KLIDC kepada pihak ketiga dengan harga RM70 juta pada tahun 2016.
https://www.mstar.com.my/…/04/05/bukti-jual-beli-taman-mang…

Namun, penjualan ini telah dibatalkan setelah ianya dibongkarkan BN walaupun perjanjian penjualan sudah dimeterai. Pemilik KLIDC pernah mengaku perkara ini.

“He admitted that a share sale agreement had been made, but the deal did not go through, according to Malaysiakini quoting Nanyang Siang Pau.”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/klidcs-planned-sale-fe…/

NAJIB RAZAK

#Sumber :  ttkm.com.my  

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan