Header Ads

ads header

Flash News

Noor Hisham dikurnia Tan Sri, 'Tun' kepada Tengku Maimun, Arshad Ayub sempena keputeraan Agong


KUALA LUMPUR:
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.

Tengku Maimun dan Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Gelaran itu dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan 5 penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.

Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Mohamad Norza Zakaria.

Turut menerima PSM ialah Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Ahmad Nizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad R Doraisingam, Presiden Sunway Group Berhad Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd Gan Yu Chai, Pengasas dan Pengarah Urusan Sena Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad Tan Boon Hock.

Penerima PJN antaranya ialah Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran Habibah Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong dan Hakim Mahkamah Rayuan Ravinthran N Paramaguru.

Turut dianugerahkan PJN ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Nazran Muhammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Amar Jaul Samion dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Mohd Gazali Abas.

Penerima lain PJN ialah Panglima Armada Barat Laksamana Madya Aris Adi Tan Abdullah, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Mohd Nazir Mami dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) Laksamana Madya N Ganesh.

Selain itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Md Amin Muslan, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga menerima PJN.

Turut dianugerahkan PJN adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Zamri Yahya.

Antara penerima PJN lain ialah Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad Mohamed Salleh Bajuri, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Prof Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat Group Low Gee Teong.

Penerima PSD pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri Mohammad Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Roziah Abudin, Ketua Unit Endokrin Hospital Putrajaya Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Dr Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM Briged Jeneral S Suriakala.

Selain itu, seramai 27 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia Azlikamil Napiah.

Sementara itu, antara ‘orang kuat’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.

Antara tersenarai dalam 147 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lokman Muda manakala penyampai berita dan wartawan penyiaran Media Prima Pang Chinn Fei serta personaliti TV Terrence Joseph Dass masing-masing tersenarai dalam 182 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).

Tahun ini juga menyaksikan seramai 11 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD), 328 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 44 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).

#Sumber : FMT   

MR : tahniah   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan