Header Ads

ads header

Flash News

PAS Papar sasar DUN Pantai Manis pada PRN Sabah


PAPAR:
PAS Bahagian Papar berhasrat bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemudanya, Hendri Hamsah berkata, usul itu sudah diluluskan mesyuarat agung tahunan PAS bahagian itu.

“PAS Cawangan Kampung Takis mengusulkan PAS Papar bertanding di kerusi DUN Pantai Manis pada PRN Sabah kali ini.

“Bagaimanapun, komitmen ini akan mengambil kira rundingan di peringkat nasional dan negeri khususnya bersama rakan Muafakat Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Papar, Abd Salim Karim menyeru parti itu menghidupkan semula jentera pilihan raya parti di Papar bagi menyusun strategi kemenangan di kerusi Pantai Manis.

#Sumber : FMT   
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ini yang org papar tungu2,,,,datuk karim gagal dan yb warisan satuk adi jauh lebih gagal dan lebih menghina bila menyatakan sesiapa yg tidak undi dia tak layak dpt bantuan covid

    BalasPadam