Header Ads

ads header

Flash News

'Pembunuhan watak’: Menu harian menjatuhkan kredibiliti pemimpin PAS


‘Character assassination’ atau ‘pembunuhan watak’ adalah teknik untuk mencederakan kredibiliti musuh, terutamanya terhadap pemimpin politik. Iras matlamat menghalalkan cara - fakta betul atau tidak bukanlah neraca penting. Sasarannya supaya musuh terpalit keburukan, ditohmah tanpa sempadan hinggalah objektif akhir, rakyat tidak mengundi parti pemimpin tersebut.

Di Malaysia, parti politik yang kerap dijadikan sasaran ‘character assassination’ adalah parti berteraskan teologi, Parti Islam Semalaysia (PAS). Cuma sasaran kepada pemimpinnya tidaklah memberi bekas seumpama taufan, walaupun sedikit sebanyak membantutkan perjalanan. Sebabnya mudah, dasar dan matlamat parti ini sudah lama ditarbiah sebagai akidah perjuangan serta disulami dengan akhlak mulia dan amal ibadah pemimpinnya.

Anda lihatlah sendiri bagaimana musuh politik cuba mencalarkan watak presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Beliau seorang Tok Guru, namun sejak 80-an sudah ditohmah dengan pelbagai cara, baik pada ucapan berkarisma ataupun langkah politik yang gagal diramal oleh politikus. Hingga kini, beliau terus utuh di persada politik negara hingga menjadi rujukan kepada parti-parti lain, kawan mahupun bekas lawan.

Anda masih ingat kelakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti PKR semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih lalu. Berbekalkan sehelai kertas dicetak kabur, lalu dibacakan dalam satu ceramah politik bahawa beliau memiliki dokumen berkaitan isu RM90 juta. Sebelum ceramah, disebarkan bagai nak rak supaya orang hadir ke ‘majlis pendedahannya’, yang ternyata omong-omong kosong. Fakta kertas hitam legam tidak penting, yang penting kredibiliti PAS dan Tok Guru berjaya ‘dibunuh’ – tanpa ingat hamba Allah SWT inilah yang mempertahankannya daripada tuduhan liwat melalui ucapan dan tulisan buku.

Begitu juga sasaran ‘pembunuhan watak’ dihalakan kepada pimpinan lain. Pimpinan PAS walaupun berkemampuan, seolah-olah tidak boleh memiliki kereta Mercedes atau Vellfire berplat ‘PAS dua angka’, nanti akan ditohmah. Pimpinan muda PAS walaupun seorang tauke stesen minyak, ‘haram’ memiliki motosikal berkuasa besar, kelak akan diviralkan. Sedangkan di luar sana setakat Vellfire ataupun Ducati Streetfighter V4, cikgu baharu ‘posting’ pun ramai yang dah layan.

Terbaharu, ‘pembunuhan watak’ kotor ini berterusan. Kali ini pemimpinnya adalah Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. Tok dalang utama tentulah pimpinan parti DAP. Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh mendakwa Dr. Mohd Khairuddin melanggar arahan kuarantin setelah pulang daripada Turki pada 7 Julai 2020. Persoalan itu disambung permainan di media sosial semahunya oleh penyokong Pakatan Harapan (PH). Jawapan belum diberikan, tetapi ‘pembunuhan watak’ terhadap ‘kehebatan’ menteri muda PAS ini telah berlaku minit ke minit.

Pemimpin DAP dan PH sedar Dr. Mohd Khairuddin seorang pemimpin bijak. Kredibilitinya perlu dijatuhkan. Untuk rekod, beliau memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun diambil secara persendirian. Kemudian mendapat tawaran belajar di negara Jordan hingga ke peringkat Sarjana.

Walaupun beliau seorang ustaz, namun beliau juga seorang pendidik dan ahli perniagaan yang berjaya. Selepas pulang daripada Jordan, sebelum meraih gelaran Doktor Falsafah (PhD) beliau sudah mendirikan pusat pengajian dan kebajikan anak-anak fakir miskin Darul Fuqaha di Sg. Merab, Bangi. Begitu juga mengasaskan beberapa buah rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar dan tahfiz.

Dalam perniagaan, beliau mengasaskan pelbagai syarikat produk kosmetik, makanan kesihatan, restoran, penerbitan dan pelancongan. Diceritakan – semasa PAS menang memerintah Terengganu pasca 2018, beliau dilantik menganggotai pimpinan enam buah anak syarikat kerajaan negeri yang mengalami kerugian. 22 bulan kemudian - semasa beliau meletak jawatan selepas dipilih menjadi menteri - semua anak syarikat tersebut mencatatkan keuntungan.

Beliau juga antara menteri yang disifatkan paling aktif dan berjaya, walaupun baharu lima bulan memegang jawatan utama di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Nilai eksport keseluruhan sawit umpamanya, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah melebihi hampir RM 1 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu walaupun wabak COVID-19 melanda dunia. Eksport minyak sawit Malaysia ke India juga galak meningkat berbanding semasa Teresa menjadi menteri yang sama, iaitu direkodkan penurunan drastik hampir 94 peratus pada empat bulan pertama 2020.

Menyenaraikan fakta-fakta kehebatan menteri ini, tidak pelik ‘pembunuhan watak’ akan terus menjadi menu tetap hari demi hari. Kepada pimpinan PAS, berhati-hatilah!. DAP dan PH tidak akan duduk diam memerhati langkah anda, kekurangan anda mahupun kelebihan anda berbanding mereka. Seperti dimaklumi, tentera siber mereka tidak kenal yang mana fakta, yang mana auta.

Dr Nabila Din
Shah Alam
20 Ogos 2020, 11.30am

MR :  PH tak ada isu, melainkan serang individu dan cari silap individu  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Pembunuhan watak Abah ekau! Sendiri salah kono tanggung la. Kes ekau samo dongan mamak sivagangga tu. Tinggal lagi mamak tu bokan montori! Mcm ni punyo bahalol malaun pun ado! Rosak baka ekau ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abah abah baka baka jangan main boleh. Berbahasa le sikit kalau nak komen, Mencerminkan mentaliti yang tak beradab. Oghang Nogoghi takdo mcm ni eh. KKM kan tengah siasat.

      Padam
    2. Ko telerbih minum minyak kelapa sawit ni. Ikut sarahan si Teresa. Tolol nak mampus. Ko nak banding dia dengan mamak sivagangga tu memang tambah tolol ko. Patut ko marah le ke KKM atau MKN kenapa tak letak gelang pink pada Khairudin. Kalau dia ada gelang pink maka aku setuju Khairudin diambil tindakan. Lain kali org saran minum sesudu cukup la sesudu, jangan minum sebotol.

      Padam
  2. Tak payah nak assassinate character pun. pas shot themselves in the foot. pegi pilih yidin nika gee n jemin video n tinggalkan kawan semata2 nak jadi menteri. agamawan konon poodahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. senyaplah kau menyalak je ....apa yg kau tahu....kalu tak tau apa duduk diam2 ah....jenis barua kafir...

      Padam
    2. Saya bukan barua dan saya bukan kafir. saya rasa kamu yang kena duduk diam diam. kamu sekarang menyalak pakai kopiah ke, jadilah pengikut ulama' bukan pengikut ularmak yang tikam belakang kawan sendiri semata mata sebab dah seronok jadi menteri. pergi jahanam lah kamu dan parti ajaran sesat kamu ni.

      Padam
    3. Wah RBA bernama HANCURKAN DAPIGS adalah barua ternakan parti kafir harbi roket sibuk menfitnah PAS .

      Padam
  3. Salah tetap salah.Jgn ditegakkan benang yg basah

    BalasPadam
  4. Mmmg byk kafir dlm ni.hapus je parti dap ni lg bgus

    BalasPadam
  5. Mp pas ikut ikon ulama politik arwah Nik Aziz' sederhana .mp pas kena ikut kurantin.undang x2 mesti ikut.kenapa takut dap@dsai dgn MCa 1 mp semua bisu.ph 22 bulan nak lawan BN 60 tahun?.bila PRU kes liwat pun Muncul agak nya Israel ketawa 2x5

    BalasPadam
  6. Hahaha pentingkah sangat kamu sehingga terpaksa membunuh karakter kamu. Perasan.

    BalasPadam
  7. bila time parti ularmak je tegur sikit terus melompat. takkan nak puji aje selalu. parti ularmak dengan syiah pun ok, dengan lgbt pun ok dengan penzina dengan bini orang pun ok. mudah2an hancur lebur le parti bangsat ni

    BalasPadam
  8. Sebenarnya, memang tugas kita utk menjalankan kerja secara amanah dan baik. That comes naturally.
    Kita buat sesuatu hanya utk dapat redha Allah. Itu sebab kena buat kerja sungguh-sungguh.
    Kalau ya pun Menteri langgar SOP, tindakan perlu diambil dgn wajar dan menyuruh agar meletak jawatan bukannya satu solusi.
    DAP ni memang tahu menyalak sana sini macam anjing, tapi tang solusi mereka memang bercelaru. Biasalah puak makan babi ni, kepala pun macam perangai babi.
    Nasib baiklah kita orang Islam ni haram makan babi, kalau tidak ikut perangai babi ni.

    BalasPadam
  9. Cuba gantikan mujahid kat tmpt lebai kuala nerus, mesti dah berlori2 mujahid kena kecam dgn lembu2 Pasumno! Kah355x

    BalasPadam
  10. Kurantin bodoh apa lagi jika MP ni sudah buat ujian dan keputusan negatif,adakah MP ni dah sebarkan virus macam kluster sivagangga ke. Takde faedah nak bertekak isu ini kerana MP ni tidak rugikan satu sen pun duit negara,takde kencing atau menyebabkan harga sawit merudum. Beliau juga dah bayar kompaun kesalahan. Tak puas hati pasal apa lagi.Beliau level menteri dan menjalankan tugas rasmi sebagai menteri bukan macam macai kurap yang komen tanpa hujung pangkal. Serupalah nak bandingkan polis atau ambulan langgar lampu merah dengan mat rempit langgar lampu merah. Lainlah cerita MP ini sudah positif covid 19 macam sivagangga. Korang lihat pelancong asing datang malaysia kena kurantin 14 hari kah?

    BalasPadam