Header Ads

Header ADS

Pemuda Umno cadang guna logo BN untuk PRN Sabah, PRU15


Pemuda Umno hari ini sepakat mencadangkan agar logo Barisan Nasional (BN) digunakan sebagai lambang rasmi sewaktu pilihan raya Sabah dan pilihan raya umum akan datang.

Cadangan itu, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut dipanjangkan kepada rakan parti pemerintah bukan komponen BN secara rasmi iaitu PAS dan Bersatu.

"Kami Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah sepakat dan membuat ketetapan untuk diangkat sebagai cadangan kepada pemimpin tertinggi parti agar dapat mempertimbangkan penggunaan logo dacing atau Barisan Nasional(BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah mahupun pilihan raya umum ke-15 akan datang," kata Asyraf pada satu kenyataan selepas mesyuarat Biro Politik Pemuda Umno dan disusuli dengan mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Pemuda Negeri dan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Asyraf berkata kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional tetap akan diperkasakan dengan memastikan perundingan secara terbaik dalam pengagihan kerusi agar tidak berlaku pertandingan sesama sendiri atau tiga penjuru yang merugikan komponen parti pemerintah sekarang.

"Bagitu juga dengan rakan-rakan Bersatu yang sudah menyatakan hasrat menyertai Muafakat Nasional," katanya.

Semalam, calon Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan sebagai berkata bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan bagi PRN Sabah akan berlangsung tidak lama lagi.

Kata timbalan menteri belia dan sukan itu, bendera tersebut akan berwarna biru gelap dengan tulisan “Perikatan Nasional”.

“Kita akan bertembung pertama kali dalam PRN Sabah sebagai PN, saya dah bawa Armada Sabah untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan kita akan gunakan bendera kita.

"Bendera PN biru gelap dan juga ada tulisan Perikatan Nasional di PRN Sabah," katanya dalam sebuah klip video yang tersebar di media sosial, spilihan raya negeri semalam .

Wan Ahmad Fayhsal turut mendakwa bahawa PAS akan bersama-sama dengan blok PN meskipun Umno menolak untuk menyertai gabungan itu secara rasmi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.