Header Ads

Header ADS

Pengarah MBSA ditahan SPRM


KUALA LUMPUR:
Seorang pengarah jabatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan disyaki terbabit melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian.

Pengarah berusia lebih 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi tadi.

Penahanan itu menjadikan seramai sembilan kakitangan MBSA ditahan SPRM sejak operasi khas dijalankan susulan isu premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor menjadi tular.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahahan pengarah jabatan di MBSA itu tetapi tidak mengulas lanjut.

BH difahamkan, pegawai itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

#Sumber : Berita Harian    

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.