Header Ads

Header ADS

PKR parti rosak, RM10 juta baik beri rakyat kata Azmin


KUALA PILAH, 1 Ogos
— Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menasihati pihak yang berkenaan agar tidak terlalu banyak “bermain politik” kerana fokus kerajaan sekarang ialah kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

Katanya pihak yang berkaitan juga harus mencontohi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak begitu banyak berbicara mengenai politik memandangkan keutamaan beliau ialah untuk selamatkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat.

“Kita hari ini meletakkan isu kesihatan rakyat dan isu ekonomi sebagai fokus ... jangan main politik banyak sangat sebab rakyat perlu pembelaan dan ini juga fokus perdana menteri, beliau jarang sebut tentang politik kerana mandat yang diberikan kepadanya ialah untuk selamatkan ekonomi negara dan selamatkan rakyat daripada diserang wabak Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga menegaskan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak menjejaskan kerajaan semasa.

Ini kerana katanya Umno kekal mendukung kepimpinan Muhyiddin untuk terus menerajui kerajaan persekutuan di bawah PN.

PN merupakan kerjasama politik melibatkan Bersatu, Umno, PAS serta parti komponen Barisan Nasional selain disokong oleh Gabungan Parti Sarawak.

Sementara itu, mengulas kenyataan Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar bahawa Muafakat Nasional Selangor telah menyelesaikan 90 peratus agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mohamed Azmin berkata isu tersebut belum dibincangkan bersama PN.

“Saya telah dimaklumkan perkara ini, tetapi perbincangan ini dibuat pada tahun lepas sebelum ada PN, tidak mengapalah, sebelum ada PN mereka bincang dengan MN (Muafakat Nasional). Itu benda yang logik, sekarang sudah ada PN kita kena bincang secara bersama, belum ada pilihan raya, tak bincanglah, pilihan raya lambat lagi,” katanya.

Ditanya mengenai surat tuntutan RM10 juta daripada PKR, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau tidak akan melayani tuntutan berkenaan.

“Untuk apa? Kenapa saya perlu bayar mereka (PKR) RM10 juta? Jika saya ada duit sekalipun, saya akan serah (wang itu) kepada rakyat, saya tidak akan serahkan kepada parti yang sudah rosak seperti PKR,” kata Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Sebelum ini, dilaporkan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang keluar parti, menuntut mereka membayar RM10 juta masing-masing kepada PKR.



#Sumber : Bernama    

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Bagus.Tidak perlu layan semua perkara politik.Fokus kepada kebajikan rakyat.Utamakan keperluan rakyat.Tinggalakan budaya buruk lalu PH yang sentiasa onar cari salah orang walaupun dah jadi kerajaan.

    BalasPadam
  2. Yang merosakkan PKR ada lah manusia macam kau Azmi Ali babi,manusia paling jijik, hidup tidak ada maruah,

    BalasPadam
  3. Nampaknya macam dah ade duit 10 juta tu daoam akaun.. silalah serahkan balik pada rakyat sbb masa dapat duit tu pun bukan dalam PN.. masa kau dalam PH pun kau makan gaji buta.. drama je lebih.. sekaramg ni baru terkial2 nak buat keje.. sabotaj keje orang je keje ko..

    BalasPadam
  4. Ko naik jdi mp skrg ni pun ats tiket pkr.oii..mulut celupar tk sedar diri..khianat ..musuh dlm selimut..btol tk gunanya org..dpt jwtan besor pun ats parti apa..sedor skit diri..tu..klu tk kerana pkr..ko dh merempat dh.dasar muka tk malu..

    BalasPadam
  5. Dia masuk PKR aritu pun kerana nk bela abg non...kalau tak dia duk dlm parti lain. Dia tak sangka org yg dia bela buat hal dgn dia...seolah mcm melepaskan anjing tersepit.

    BalasPadam
  6. Cantik betul semburit lafazkan tp siapa yg pengkhianat dlm pkr kamu geng semburit rakyat semua tahu

    BalasPadam
  7. Bukankah parti liberal mata satu (illuminati?) bukan setakat rosak tetapi total lost ???

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.