Header Ads

ads header

Flash News

PN dalam proses daftar dengan sedikit pindaan nama


Perikatan Nasional (PN) perlu membuat sedikit pindaan nama jika ingin didaftarkan sebagai entiti politik berdaftar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohd Redzuan Yusof, berkata buat masa ini urusan pendaftaran PN sedang dilakukan, namun ada isu teknikal yang perlu diselesaikan.

"Kita sudah hantar untuk pendaftaran. (Nama) PN ada NGO lain (pakai), kita kena ubah, seperti (memasukkan) parti PN.

“Ia isu pentadbiran," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Asari dilaporkan media berkata pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan parti, sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) seminggu sebelum itu.

Beliau berkata keputusan mengenai pendaftaran secara rasmi gabungan itu akan diketahui dalam masa terdekat.

PN ditubuhkan selepas Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan dengan Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Umno memutuskan untuk tidak menyertai PN secara rasmi dan akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata Bersatu memerlukan MN bagi membentuk gabungan besar bersama Umno dan PAS.


MR :  Satu keputusan yang baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Satu keputusan yang langsung tak baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh.. hari tu kata masuk Muafakat Nasional dah tu tetiba nak register PN buat ghima menda pulok... Dia nie bercakap mcm x rujuk boss dia jek.

      Padam
  2. bersatu tak berani nak join MN sebab MN dh ada hala tuju dan objektif yg sudah ditetapkan oleh PAS dan UMNO.

    Bersatu nak buat PN dan mengharap yg lain-lain join , so dia boleh lead the rest dan kekalkan status quo.

    Nasib baik Umno tak terima dan merancang untuk memperkasakan MN.

    pasni PN tu tinggal nama ja la.

    BalasPadam