Header Ads

ads header

Flash News

Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


KUALA LUMPUR
: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati seorang remaja berusia 19 tahun, suspek utama dalam insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden sebagai bersalah.

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika menyampaikan keputusan berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan pula, katanya lagi, telah mewujudkan prima facie ke atas kesemua pertuduhan yang dinyatakan.

Bagaimanapun, jelas beliau lagi, memandangkan jenayah itu dilakukan ketika tertuduh berusia 16 tahun, maka Seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 terpakai, dan remaja berkenaan dikenakan perintah tahanan selama yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya memutuskan penama satu gagal mewujudkan keraguan munasabah atas kesemua 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Membunuh Dengan Sengaja, dan pihak pendakwaan membuktikan kesemua 23 pertuduhan tanpa keraguan.

“Oleh itu saya mendapati tertuduh telah melakukan jenayah tersebut, dan  disabitkan,” kata Azman lagi.

Sementara itu, Peguambela Haijan Omar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya sangat menyesal atas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada semua yang terlibat, terutama sekali ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Ujarnya lagi, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah, dan akan memfailkan rayuan di peringkat seterusnya dalam masa yang terdekat.

Namun, ketika ditemui media di luar kamar, Haijan berkata, pihaknya berasa tidak puas hati dengan keputusan itu, dan anaknya bertegas tidak melakukan jenayah yang disabitkan itu.

"Kita semestinya tidak berpuas hati kepada keputusan hari ini, dan kita mendapat arahan untuk memfailkan rayuan kepada mahkamah lebih tinggi....jadi kita akan failkan rayuan dalam masa yang ditetapkan, kita lihat kepada keputusan bertulis Mahkamah Tinggi ini dan kita bergerak dari situ.

"Ahli keluarga anak guam saya bersedih, tetapi mereka faham ini bukan pengakhiran. Kita ada peringkat lain lagim jadi kita akan melalui proses yang adil," katanya kepada pemberita.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memberitahu media, pihaknya sudah melakukan yang terbaik mungkin, tetapi membayangkan kekecewaan sepatutnya seorang lagi suspek turut dibicarakan.

"Kita terima keputusan itu sebab kita pun dah buat kes itu dengan sebaik mungkin. Tapi itulah seorang saja dipanggil pembelaan dan disabitkan, manakala satu lagi (suspek) tak dapat dicamkan.

"Tetapi kita terima keputusan itu dan Alhamdulillah, kes dah selesai dan sekarang ni menunggu untuk peringkat rayuan," katanya lagi. 

Tragedi menyayat hati pada 14 September 2017 telah mengorbankan 21 pelajar tahfiz dan dua warden di Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran.

Kebakaran pusat tahfiz yang  yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini itu menyebabkan seluruh negara berduka.


#Sumber : Astro   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Mengapa seorang sahaja yang kena? Bukankah yang melakukan kerja khianat tu lebih dari 5 orang? Ke mana perginya yg lain?

    BalasPadam