Header Ads

ads header

Flash News

Satu pun tak pernah bincang dalam mesyuarat Kabinet, kata Zuraida


KUALA LUMPUR:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, tidak ada 1 pun daripada 101 projek yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mendedahkan PH meluluskan 101 projek bernilai RM6.6 bilion melalui rundingan terus ketika menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) di Dewan Rakyat, yang bertanya adakah tender terbuka dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Setahu saya tidak ada permohonan untuk kelulusan (rundingan terus) yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet,” kata Zuraida yang mengetuai kementerian sama dalam kerajaan PH.

“Mana-mana kementerian yang terlibat, (bekas menteri kewangan) Lim Guan Eng boleh dedahkannya memandangkan dia tahu hal itu,” katanya.

Menerusi cabaran dibuat kepada Zafrul susulan pendedahan itu di Parlimen, Lim mendesak penggantinya itu mendedahkan senarai 101 projek, dengan menyatakan jika angka itu betul, ia hanya 1.4% berbanding nilai keseluruhan perolehan kerajaan berjumlah RM477 bilion selama tempoh 22 bulan pentadbiran PH.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mereka akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan, atau salah guna kuasa berhubung pendedahan itu.

Sementara itu, Zuraida berkata beliau tidak kisah sama ada ditawar jawatan dalam PPBM atau sebaliknya.

Bekas naib presiden PKR itu salah seorang daripada 11 ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti pada Mac susulan pemecatan timbalan presiden Azmin Ali, kebanyakan mereka menyertai PPBM secara rasmi minggu lalu.

Ahad lalu Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu berkata, mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti akan membincangkan pelantikan Azmin sebagai naib presiden.

Menyuarakan keyakinannya yang PPBM akan memberi jawatan sesuai kepada Azmin, Zuraida berkata bagaimanapun beliau tidak ragu-ragu jika beliau dan ahli PPBM baru yang lain tidak ditawarkan jawatan dalam parti itu.

“Ia bukan masalah. Kami hanya buat kerja dan tumpu untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata ahli Parlimen Ampang itu.

#Sumber :  FMT  

MR :  kita tunggu bekas menteri lain kata? AMANAH tahu ke? atau sengaja membisu pasal DAP?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Rm477 billion perolehan kerajaan semasa 22 bln ph perintah!!

    ....ehhhhh....kata Malaysia dah bankrup!!??
    ....takan jumlah sebanyak tu buleh dikumpulkan semasa 22 bln memerintah sampai suruh rakyat ikat perut!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lge ni,,menteri kewangan paling bodoh dlm sejarah negara. Hanya memalukan org2 tiong hua saja lge ni. Dah lah bodoh, menipu kelulusan, rasuah terowong,,jual aset2 negara. Nampak jelas ketokohan dan kewibaan tengku Zafrul. Jauh langit dan bumi jika dibanding dgn lge dap bengap tu.

      Padam
  2. Ingat tak korang sewaktu PH memerintah, dia nilah yang berkobar-kobar nak jual apartment dan hartanah kepada warga asing utk mengekalkan kenaikan harga rumah?

    BalasPadam