Header Ads

ads header

Flash News

Saya Sedia Timbang Jadi PM Sekali Lagi kata Mahathir

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Ketujuh (PM7), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara ringkas dengan CNBC Indonesia pada Jumaat lalu, mengumumkan kesediaannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Dr Mahathir, yang juga bekas PM4, berkata beliau sedia mempertimbangkan untuk memegang jawatan itu bagi kali ketiga walaupun untuk tempoh sementara sahaja, sekiranya tiada calon lain yang sesuai menerajui negara ini.

“Sekiranya ada permintaan dan (tidak ada) calon lain, saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk berkhidmat kepada negara.

“Saya dah berumur 95 tahun. Jadi ada perkara yang tidak dapat saya lakukan.

“Tetapi jika diminta memberi nasihat, pandangan atau memegang jawatan tertentu, atau menjadi Perdana Menteri untuk jangka pendek, mungkin saya akan  mempertimbangkannya,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini Dr Mahathir mencadangkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan (PM9) selepas PKR dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak hasrat Mahathir menjadi PM kali ketiga.

“Kita minta supaya saya jadi perdana menteri selama 6 bulan, lepas itu dia (Anwar) ambil, tapi dia tak nak saya jadi perdana menteri, satu hari pun dia tidak mahu, dia tolak saya sama sekali.

“Tiap kali mesyuarat, perkara sama berlaku. Dia kata bagi masa, nanti saya fikir seminggu lagi saya bagi keputusan. Lepas seminggu perkara sama juga, dia tidak setuju (saya jadi PM sementara). Seolah-olah dia saja boleh jadi perdana menteri,” kata Dr Mahathir dalam pertemuan bersama ahli Bersatu (PPBM) di Yayasan Kepimpinan Perdana, akhir Jun lalu.

Sementara itu, diminta mengulas penubuhan parti baru, serpihan kepada Bersatu yang belum diberi nama, Dr Mahathir berkata, parti yang diasaskan sejak 2016 itu telah dirampas oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir mendakwa, Muhyiddin telah mengambil jalan yang bertentangan dengan perjuangan asal Bersatu.

“Oleh itu, kami ingin menghidupkan kembali perjuangan, untuk memerangi rasuah dan kleptokrasi.

“Kerana parti sebelumnya tidak menjalankan tugasnya lagi […] kita harus membentuk parti baru untuk meneruskan objektif asal parti lama,” katanya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baru dengan beliau sendiri sebagai Pengerusi, manakala anak lelakinya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Presiden parti itu. – SuaraTV

#Sumber : Suara TV   

MR : Selagi tak mati, selagi itu nafsu mengelojak   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan