Header Ads

ads header

Flash News

SD liwat: Bukit Aman akan panggil Ramesh Rao


KUALA LUMPUR –
Polis akan mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berhubung satu akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam liwat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP  Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, beliau (Ramesh) akan dipanggil … beliau antara saksi yang akan dipanggil (untuk diambil keterangan),” katanya.

Mior Faridalathrash bagaimanapun tidak memaklumkan bila pemimpin badan bukan kerajaan itu akan dipanggil ke Bukit Aman.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan luar tabii.

Sebelum ini satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013 tular menerusi media sosial.

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut.

#Sumber : — BERNAMA   

MR :  Engkau liwat aku, aku liwat engaku... engkau dedah aku, aku dedah engkau... 2 X 5  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: