Header Ads

ads header

Flash News

Shukri Abdull panas punggung atas pendedahan Takiyuddin


Bekas ketua pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull menafikan dirinya terlibat dalam mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Lim Soon Peng berkaitan kes siasatan 1MDB pada sekitar tahun 2018.

Mengulas dakwaan wujudnya campur tangan politik dalam siasatan itu, Shukri menekankan bahawa dia tidak pernah patuh dengan sebarang arahan termasuk dari menteri, mahupun perdana menteri.

“Saya sentiasa menjaga integriti saya.

“Dalam mana-mana siasatan saya tak akan patuh dengan mana-mana arahan termasuk menteri atau PM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan, bahawa terdapat campur tangan bekas perdana menteri Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng serta bekas peguam negara Tommy Thomas dalam siasatan berkenaan.

Takiyuddin ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat semalam, mendakwa bahawa pada tahun 2018, surat representasi yang ditulis oleh peguam Soon Peng kepada Shukri termasuk nota tulisan tangan yang telah diminitkan oleh Mahathir dan sekali lagi oleh Guan Eng.

“Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh perdana menteri ketujuh (Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan perdana menteri (Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Lim (Soon Peng).

"Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri," kata Takiyuddin.



Ketika itu, akaun bank Soon Peng dibekukan susulan siasatan ke atas transaksi berjumlah RM4 juta yang berkaitan dengan dana berkaitan 1MDB dari Najib.

Takiyuddin kemudian memaklumkan surat itu diminitkan sekali lagi oleh Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh perdana menteri.

Susulan daripada surat itu, katanya, Tommy kemudian membalas surat kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM.

Mengulas dakwaan itu, Shukri hari ini juga berkata bahwa dia hanya akur dengan arahan timbalan pendakwa raya sahaja, dan bukannya arahan dari pihak-pihak yang tidak berkaitan.

“Begitu juga dalam kes ini, saya tak pernah keluarkan arahan pada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan.



“Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ia bukan arahan saya,” katanya.

Shukri berkhidmat di SPRM selama 32 tahun dan bersara pada tahun 2016 sebagai timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) semasa siasatan mengenai skandal kewangan global 1MDB.

Namun, dia kembali pada Mei 2018 untuk mengetuai suruhanjaya anti rasuah di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dan akhirnya, menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2019.

Ini bukan kali pertama tuduhan muncul mengenai kes tersebut. Pada bulan Jun, Pemuda PAS Pulau Pinang membuat tuntutan serupa dan menuduh Thomas dan Guan Eng menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membantu ahli perniagaan.

Ini setelah surat yang didakwa oleh Thomas kepada Guan Eng mengenai perkara itu, bertarikh 14 Jun tahun lalu, disiarkan di laman web pemberi maklumat "Peniup Wisel Siber" pada 2 Jun.

MR : Kita akan lihat tuduh menuduh dalam PH dan tunggu Atok mengulas   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Atok masuk jel lah Atok. Serena tak sabar nak jarrah harta Atok.

    BalasPadam
  2. Bila munafiq kata kt musibat.. yang kena tuduh orang Melayu ikhlas..eu yang pilih kapir jd penjaga masjid..kena bakar la.. tolol mana yg undi puak ni

    BalasPadam
  3. Ini akibat orang melayu yg bodoh berpolitik. Politik bangsa melayu adalah politik benci membenci dan politik menjahanamkan sesama bangsa. Untuk tujuan ini, berpakat dgn cina kapir. Umno dahulu,,berpakat dgn mca,gerakan dan hindu mic untuk melingkupkan pas,,pas pulak berpakat dgn dap untuk menjatuhkan umno. Sebaliknya mca,gerakan dan dap,,berpakat secara sulit dan dan penuh berstrategi untuk rampas kekuasaan dari org melayu. Pru 14,,mereka berjaya. Nasib baik umno dan pas mula sedar kebodohan mereka selama berpiluh2 tahun. Keduanya berpakat dlm MN, yg akhirnya membawa tumbangnya kerajaan cina ph lahanat. Melayu dlm ph seperti shukri abdul ni, adalah contoh melayu bodoh tolol yg diperbodoh cina kapir yg masih belum sedar hingga hari ini.

    BalasPadam
  4. Konsesi balak dan habis tebang ????

    BalasPadam