Header Ads

ads header

Flash News

Sikap MT UMNO masih keras dengan BERSATU, tolak perbincangan


Adakah kerana UMNO akan menjalani pemilihan tak lama lagi atau perangai lama timbul kembali?

Semalam ada ahli majlis tertinggi membuat kenyataan terbuka yang tak bijak dalam politik muafakat.

Katanya, Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14.

"Kerusi-kerusi yang BN menang dulu yang melompat, maka kita ambil balik. Itu keputusan MT, bukan keputusan presiden. 

"MT Umno membuat keputusan bahawa, kerusi-kerusi yang dulunya dimenangi BN, maka BN akan ambil balik.

"Perkara ini sudah pasti," tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin pada video di portal berita Suara TV hari ini.

Jelasnya, jika Bersatu mahu bertanding pada PRU15, maka parti itu boleh bertanding di kerusi lain.

"Maka kita tak akan bagi satu kerusi pun kepada Bersatu. Itu sudah pastilah.

"Jadi kalau Bersatu nak, maka dia bertandinglah di kerusi-kerusi yang lain. 

"Kerusi-kerusi Bersatu Blackout ke, apa ke, terpulang kepada dialah. Mereka bertanding di tempat itu lah," katanya.

Menurutnya, BN memutuskan untuk bertanding di kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya lalu dan kalah, tetapi berjaya memperoleh jumlah undi kedua terbanyak.

Langkah itu kemungkinan akan menjadikan Bersatu cuma mendapat beberapa kerusi yang layak untuk ditandingi parti itu ketika berunding kerusi untuk pilihan raya ke-15 dan juga pilihan raya negeri Sabah.

Ketua Bahagian Umno Padang Besar itu juga mengulas mengenai rakan parti komponen Muafakat Nasional, PAS.

Katanya, Umno akan memberi jalan sekiranya Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta untuk bertanding di kerusi yang difikirkan dapat dimenangi oleh parti itu.

"Kemungkinan kerusi-kerusi yang kita akan bagi dengan Muafakat Nasional ini kerusi-kerusi peminpin tertinggi PAS. Macam kalau Tuan Haji Hadi nak bertanding kat mana atau tempat yang bertanding tu sudah tentu dia menang, maka kita akan bagilah.

"Tapi kalau dia minta kawasan yang menang presiden PAS, naib presiden PAS dan sebagainya minta, maka kita akan bincang. Itu lain," jelas beliau lagi.

Sewaktu PH memenangi pilihan raya umum pada 2018, beberapa ahli parlimen Umno telah berpaling tadah kepada Bersatu atau menjadi anggota parlimen bebas yang bersekutu dengan kerajaan PH.

Susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun ini, Bersatu telah meninggalkan gabungan Pakatan Harapan dan bergabung dengan BN, PAS dan parti lain untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

MR :  Masing-masing nak tunjuk hebat nak pilih nanti  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. biarkan umno dia xtau pas akan menyebalahi bersatu. jgn sembang kemas umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. I beg to differ. bersatu tiada akar umbi n tiada sokongan bukan melayu. orang expect bersatu lepas pru15 dah tak de dah. siding with bersatu is suicidal. aku rasa pas pun sedia maklum pasal tu

      Padam
  2. Umno bersikap begitu terhadap bersatu.. Itu kita sedia maklum.. Begitu juga dgn pas bila berdepan pan yg katanya nk joint PN..

    BalasPadam
  3. PAS kena jadi orang tengah dalam hal ini. Ayuh PAS, tunjukkan lah skill kamu dalam berdiplomasi mengikut garis panduan Islam.

    Dalam Islam jikalau kita jadi broker kedamaian antara pihak yang berbalah maka Allah akan bagi pahala ganjaran yang besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camane PAS nak jadi broker kedamaian sedangkan dia dgn PAN pun bergaduh.. nanti kalau PAS jadi broker kedamaian UMNO dan Bersatu Allah pasti bagi pahala yg besar.. lepas tu bergaduh dgn PAN Allah pun pasti bagi dosa yg besar plak.. kat celah mane kita nak cakap PAS akan ikut garis panduan Islam nanti..

      Padam