Header Ads

ads header

Flash News

Solidariti Untuk Yb Lim Guan Eng


1) Kenapa mereka bersolidariti untuk LGE? Kerana mereka yakin LGE tidak bersalah dan menjadi mangsa kerakusan politik kerajaan PN. Mereka yakin LGE tidak bersalah sebelum Mahkamah memutuskan tidak bersalah.

2) Mereka rasa proses keadilan kepala otak mereka lebih bagus daripada proses keadilan mahkamah. Kerana mereka beriman dengan slogan "rakyat hakim negara". Sudah sekian lama tertanam dalam minda mereka, bahawa "rakyat adalah hakim negara".

3) Maka dengan itu, mereka sewenang-wenangnya menjalankan tugas hakim, menyatakan orang itu bersalah, orang ini tidak bersalah - ketika belum pun orang-orang itu didakwa di mahkamah. Mereka persetankan proses keadilan di mahkamah tanpa mereka sedari.

4) Jika mereka ini diangkat menjadi pemimpin atau mentadbir negara, mereka ini pasti akan memperalatkan sistem perundangan untuk kepentingan mereka walaupun di bibir-bibir mereka berbicara soal pemisahan kuasa antara legislatif, kehakiman dan executive. Bahasa mudah sembang kencang.

5) Apa guna kita ada hakim negara, apa guna kita ada mahkamah dan institusi perundangan, jika rakyat diajar menjadi hakim negara tanpa mengambil kira proses mahkamah. Sudah tentu mereka ini tidak akan menghormati langsung klausa "innocent until proven guilty".

6) Kena dekat pemimpin lawan, kamu anggap sistem perundangan bagus dan telus. Kena dekat pemimpin dan idola sendiri, kamu anggap konspirasi, pencabulan undang-undang, pendakwaan bermotif politik dan sebagainya.

7) Ketahuilah, jika kita buat begini, kelak apabila kita memerintah semula, lawan politik kita juga akan buat demikian. jadilah gentleman macam DS Najib. Beliau tidak merekrut "rakyat hakim negara" pun untuk bersolidariti, bahkan beliau berani untuk melawan kesnya dalam mahkamah sehingga habis.

8 ) Ada tiga peringkat mahkamah yang beliau akan lalui - dan step pertama beliau sudah tewas. Ada lagi dua mahkamah untuk beliau hadap. Walaupun sudah terang-terang dijatuhkan bersalah, beliau tidaklah merekrut solidariti sampai nak kena kutip derma bagai. Kita yang baru saja kena dakwa, belu didapati bersalah pun - dah kalut sibuk bersolidariti bagai.

9) Ajarlah rakyat dan penyokong kita supaya menghormati proses perundangan. Baharulah orang akan hormati kita dan hormat undang-undang dalam negara kita. Musuh negara boleh peralat kita sebagai kononnya "hakim negara" untuk merosakkan keharmonian dalam negara kita jika kita terus beriman dengan slogan tersebut.

Sekian


 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Banyak yg muslim pulak yg solidariti utk pemimpin bkn islam dan bila yg islam kena tahan tak nak npk yg bukan bersolidariti untuk yg beragama islam.

    BalasPadam
  2. Memalukan betul la,, dah cantik pakai tudung Kepala,, pakai ketayap putih tetapi jadi balaci DAP yg terang²anti Islam,, jual harta orang Islam,, anti tudung,,,!! Tak payah la nak susah²kan diri kononnya nak bersolidariti utk pemimpin DAP anti Islam,, nanti bukannya dapat Pahala,, takut² Allah cap pd diri masing2 kamu antara orang² munafik!!!

    BalasPadam