Header Ads

ads header

Flash News

Sudah-Sudahlah Mengarut, Wahai Tun Dr Mahathir!


Buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau “tidak letak jawatan” bila beliau menyebut di dalam sidang Parlimen hari ini, 13 Ogos 2020, begini:

“Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan, ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan, apabila parti saya keluar daripada Pakatan Harapan Pakatan Harapan tidak jadi kerajaan lagi dan semua anggota Pakatan Harapan tentulah tergugur kerana tindakan itu.”

Naratif “saya terletak jawatan” ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/airtimes.my/videos/350741039648961/?v=350741039648961&external_log_id=479056908b53f8095c154e3ca20c7f17

Walaupun naratif “saya terletak jawatan” ini kedengaran begitu pelik, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini, di dalam ucapan kepada para penyokong beliau di TH Hotel, Alor Setar, pada 18 Julai 2020, pun Tun Dr Mahathir mendakwa begini:
“Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur, saya digugur kerana Parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan jatuh tidak lagi jadi kerajaan.”

Naratif “saya terpaksa digugur” ini pula boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/live/?v=280239996573666&ref=watch_permalink

Dengan hati yang kesal, terpaksa saya nyatakan di sini bahawa naratif “saya terletak jawatan” dan naratif “saya terpaksa digugur” ini, yang mahu memberikan gambaran kepada rakyat jelata kononnya apa yang Tun Dr Mahathir lakukan pada 24 Februari 2020 adalah sesuatu yang betul serta berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau, adalah tidak lain tidak bukan hanyalah satu kekarutan semata-mata.

Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah sesuatu yang betul sangat jauh berbeza daripada naratif awal yang beliau bawa sebelum ini bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap.

Naratif bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap jelas terbukti di dalam sekurang-kurangnya dua kejadian.

Kejadian pertama adalah kandungan Perutusan Khas Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim pada 26 Februari 2020 yang berbunyi:
“Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan oleh saya adalah salah.”
Naratif “saya telah tersilap” ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=2761240987327863

Kejadian kedua adalah kenyataan Tun Dr Mahathir kepada Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, termasuk Datuk Seri Anwar, pada pagi 1 Mac 2020 yang berbunyi:
“Saya telah melakukan kesilapan kerana saya telah memutuskan untuk meletak jawatan… Jadi saya ingin nyatakan kepada kamu sekali lagi saya mohon maaf.” (“I made mistake because I have decided to resign… So I would like to tell you once again I am very sorry.”)
Naratif “saya telah tersilap” ini juga boleh ditonton di sini: https://mobile.twitter.com/RashidYuso…/…/1234286503137697792

Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau juga sangat jauh berbeza daripada fakta sebenar kejadian.

Fakta sebenar kejadian adalah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat sebelum daripada tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan kerana perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020 manakala tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan pula hanya dibuat pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020.

Fakta sebenar kejadian juga adalah tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan tidak sama sekali menyebabkan Tun Dr Mahathir kehilangan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kerana tindakan Tan Sri Muhyiddin ini adalah disertai oleh jaminan bahawa, walaupun setelah BERSATU tidak lagi berada di dalam Pakatan Harapan, semua Ahli Parlimen daripada BERSATU akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Naratif “saya terletak jawatan” dan naratif “saya terpaksa digugur” ini juga jelas bercanggah dengan Titah Diraja Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020 dalam mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bertitah begini:

“Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif lanskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama, beta telah berkenan menerima menghadap Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau.”

Titah Diraja ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=241484930625694

Takkanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong begitu jahil mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan hingga boleh “meminta Tun Dr Mahathir supaya tidak meletak jawatan” jika benar apa yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir itu sudah berlaku, iaitu bahawa Pakatan Harapan sudah tidak jadi kerajaan lagi pada waktu itu?

Sudah-sudahlah mengarut, wahai Tun Dr Mahathir!

Kamarul Yusoff
#Sumber : FB   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


23 ulasan:

  1. Akhirnya seorang atuk telah berjaya menubuhkan parti anak-beranak yang dinamakan parti peju-wang untuk menjaga kepentingan anak-beranak dan kroni dengan sokongan pengikut bodoh berlapis-lapis yang telah dihina sebagai kaum pemalas dll oleh atuk sendiri.

    BalasPadam
  2. FAHAM FAHAM SAJE LAH ORANG DAH USIA 95 TAHUN,HARI INI CAKAP LAIN ESOK CAKAP LAIN. YANG SEBENARNYA DALAM HATI DIA YG PERLU IKLAS DAN JUJUR.

    BalasPadam
  3. Ingat rakyat nk percaya ke? Apa yg tun cakap, sudah2 la main wayang

    BalasPadam
  4. Kalau benar Tun M jujur utk menyatukan umat melayu dan mengukuhkan ekonomi bangsa melayu mengapa tidak dilakukan ketika dia menjadi PM selama 22 tahun yg lalu,ketika itu rakyat khususnya bangsa melayu sedang bergelutdgn kemiskinan,rakyat marhaen bangsa melayu melayu masih terkais kais mencari rezki,apatah lagi kpd peniaga melayu yg hidup segan mati tak mau,kalau adapun yg berjaya dlm perniagaan hanya segelintir,itu pun yg dipayungkan olih Tun Mahadhir sendiri kerana org2 ni adalah penyokong kuat Tun M sendiri..manakala rakyat yg hidup merempat dipilih pilih pula utk dibantu,bantuan itu pun sekadar melepas batuk di tangga..yg kaya raya adalah kroni dan anak2 Tun M sendiri...dimata rakyat Tun dilihat sangat mengambil berat akan kesusahan rakyat dgn penonjolan muka yg sangat bersih dan suci,sedangkan dlm hatinya bersungguh sungguh mencari peluang utk perniagaan anaknya supaya menjadi jutawan..inilah perangai dan sikap Tun Mahathir yg sebenarnya..bukan utk bangsa Melayu secara total.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju 300%

      Padam
    2. Keadaan itu lah yang sebenar nya berlaku, kekayaan anak anak Tun mahadhir setelah bapak nya memengang jawatan perdana Malaysia yang ke4 selama dua puluh dua tahun
      Ingatlah wahai rakyat jelata
      Mari lah kita sama tenggelam pemimpin seperti itu ke dalam lubang cacing dalam pru15 nanti
      INSYAA ALLAH

      Padam
  5. Itulah mahadir yg sering cakap berdolak dalik,

    BalasPadam
  6. Atuk lupe lagi daaaa... Memori out of space agaknye... Parti PejuWang pulak dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PejuWang untuk anak beranak cucu cicit dan kroni

      Padam
  7. Ko Letak ke tak letak, sama je, CAKaP macam pun pun pun dek!, salah orang sana sini, dia saja yang betul. Keras Kepala!

    BalasPadam
  8. PPBM dalam gelabah biawak bila tertubuh nya parti Atok. Elok bubarkan sehaja peelimen serah pada rakyat. Ikut cara Sabah. WARISAN berani kenapa BERSATU tak berani lakukan. Dah hilamg teloq ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab teloq dah “kerepot” lah PH terbubar. PN ambil alih... Itu pun nasib baik... Kalau tak si “teloq” kulup ambil alih...dan “teloq” main “teloq” jadi boneka “teloq” kulup... Lagi haru...

      Padam
  9. Atok cakap macam lidah biawak laa....
    Pening cucu nak pahamkan,
    Dah 10 x baca pun cucu masih tak paham paham lagi apa yg Atok cakap.
    Agak agak lebih kurang macam ni laa yg cucu paham,
    Perut lapar tapi rasa kenyang,
    Perut kenyang tapi rasa lapar,
    Nak makan ke nak hidu bau..??
    Memang boleh gila cucu dgn falsafah Atok ni..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cucu jadi gila kerana yang gila tu Atok , rugi cucu jadi gila kerana Atok menggila ! Hehehe.

      Padam
  10. Politik Malaysia ni berpaksikan falsafah Aku-Kau iaitu:

    Aku betul, kau salah
    Aku cerdik, kau bodoh
    Aku cantik, kau hodoh
    Aku baik, kau jahat

    Duduklah dalam kumpulan mana pun, falsafah inilah yang diperjuang. Tiliklah sejarah, tenunglah kisah.
    Masing-masing nak kuasa sebab kuasa boleh mencipta kebenaran palsu.

    BalasPadam
  11. tak habih lagi ker?nak masuk lubang kubur dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia nak memastikan legasi keturunan kutty terus memerintah Malaysia sampai kiamat kot

      Padam
  12. Ini akibatnya kalau dh terlalu lama berpolitik dgn usia yg menjangkau satu abad sepatut atok jadi seorang prnasihat kepada kerajaan..yg terbaik

    BalasPadam
  13. Llhatmuka ataupun dah menyampah apa lagi nak dengar cakap dia. m

    BalasPadam
  14. Kes campur tangan dan salah guna kuasa sedang menanti. Undang-undang Malaysia tidak kenal umur.

    BalasPadam
  15. Nasi jadi bubur elok utk org tua 95 tok pelan2 sudu ya?!

    BalasPadam
  16. Tempat pertama Maharaja Lawak Mega.

    BalasPadam