Header Ads

ads header

Flash News

Surat sokongan tak jamin dapat jawatan, kata Ismail


Pemberian sokongan termasuk menandatangani surat permohonan bukan jaminan untuk seseorang individu mendapat jawatan dalam mana-mana organisasi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata keputusan untuk melantik individu untuk mana-mana jawatan dalam organisasi adalah hak organisasi terbabit.

"Macam-macam orang datang minta sokongan daripada saya dan saya akan sokong. Sokongan bukan bermakna (permohonan) dipenuhi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Slim River di Felda Besout 2 dekat Tanjung Malim, hari ini.

Dia mengulas mengenai sokongannya terhadap surat permohonan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz agar anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat farmaseutikal yang tular sejak semalam.

Ismail Sabri berkata dia menyokong permohonan itu kerana anak timbalan menteri terbabit merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan awam dan peniaga yang berjaya, seterusnya berpotensi membantu syarikat farmaseutikal berkenaan.



Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata walaupun permohonan itu mendapat sokongannya, namun difahamkan pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemilik syarikat farmaseutikal tersebut tidak melantik anak timbalan menteri berkenaan.

"Saya tidak campur tangan daripada segi pelantikan. Itu kuasa LTAT, jadi surat (permohonan sokongan) setakat surat," katanya.

Dia turut memuji timbalannya kerana tidak menyalahgunakan kuasa dengan secara terus mengajukan surat permohonan pelantikan anaknya kepada LTAT.

"Dia (timbalan menteri) tak perlu hantar kepada saya (surat permohonan sokongan), dia boleh terus (hantar) kepada pengerusi syarikat kerana pelantikan ahli lembaga pengarah adalah daripada pihak LTAT sendiri," katanya.

#Sumber :  -Bernama  

MR :  Logik ahli poltik tak terlepas drp orang datang meminta, tak beri sokongan tak boleh. Tapi rasanya budaya ini perlu dihapuskan dalam MN. Biar orang tahu untuk PN bila mainta sokongan tak akan disokong itu prinsip  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Orang politik kadang2 perlu sokong permohonan2 tertentu yang datang dari rakyat.

    Cuma dulu2 pegawai kerajaan menterjemah sokongan sebagai arahan

    BalasPadam