Header Ads

Header ADS

Tahniah Dr Maszlee (baca IKRAM), 13 bekas calon PRU14 Bersatu umum keluar parti

Saya tak pasti ini adalah keputusan Majlis Syura IKRAM atau tidak dalam keputusan politik mereka. Sebelum ini mereka (baca IKRAM) telah membuat keputusan bersama BERSATU walaupun mereka ada nadi utama penubuhan parti AMANAH setelah mereka merasi mereka tidak mempunyai suara dan kekuatan dalam PAS.

Apabila AMANAH hanya dapat kerusi sedikit dalam PH dan semasa itu BERSATU adalah baharu, sebahagian pimpinan IKRAM telah masuk dan bertanding atas tiket BERSATU. Ini membuatkan mereka ada dalam BERSATU.

Apabila BERSATU berpecah, geng IKRAM masih bersama BERSATU kepimpinan Muhyiddin dan tak keluar. Mereka hanya tunggu dan lihat pergolakan politik dan membuat perancangan mengambil kesempatan yang ada.

Saya cuba menghubungi Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat di Pasir Putih untuk mendapat maklumat tentang perancangan ini tetapi tiada respon.

Hari ini Bernama menyiarkan Sebanyak 13 bekas calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) - sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - hari ini mengisytiharkan keluar parti.

Daripada 13 bekas calon tersebut, hampir semua adalah "orang-orang IKRAM". Apakah ini adalah perancangan IKRAM. Hanya Dr Maszlee boleh mnejawab.

Bekas calon bertanding kerusi Parlimen terbabit ialah Datuk Dr Mohd Faudzi Musa yang pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Setiu, Terengganu; Azran Deraman (Jeli, Kelantan); Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Besut, Terengganu); Profesor Dr Salihuddin Radin Sumadi (Pasir Salak, Perak); Mohamad Rafidee Hassim (Kuala Krau, Pahang).

Norliza Ngadiman (Penggerang, Johor); Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (Larut, Perak); Mohd Nor Hussin (Gua Musang, Kelantan); dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin (Lenggong, Perak).

Bekas calon kerusi DUN ialah Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut, Terengganu); Kapten Wan Marzudi Wan Omar (Semerak, Kelantan); Dr Wan Zulkhairi Wan Md Zain (Tendong, Kelantan); dan Afif Syairol Abdul Rahim (Bebar, Pahang).

Mohd Faudzi yang mewakili kumpulan berkenaan dalam sidang media di sini, hari ini berkata, mereka akan bertindak sebagai 'kumpulan pemerhati' dan tidak akan menyertai mana-mana parti buat sementara waktu.

"Keputusan dibuat setelah mengambil kira pendapat suara akar umbi dan ia dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak," katanya.

Ditanya adakah mereka akan menyertai parti baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air, Mohd Faudzi berkata perkara itu masih dalam perbincangan memandangkan ia belum ditubuhkan secara rasmi.

Kita tunggu dan lihat permainan IKRAM ini. Mereka pimpinan yang boleh pergi dan keluar parti atas kepentingan kumpulan mereka bukan kepentingan rakyat.

Nasir Ramlee

MR : Hebat juga IRC, dulu dan kini dan selama-lamanya 'menepek' pada orang sebagai dedalu.   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Inilah masalah geng IKRAM. Yang kawan dijadikan lawan. Di sebalik imej Islam mereka, mereka amat menumpukan kepada toleransi berbilang agama daripada agenda agama Islam itu sendiri.
    Agenda Islam diletakkan ke tepi. Mereka lebih takut ancaman non Muslim daripada ancaman Allah. Mereka selalu membawa penampilan imej Islam Professional, tapi professional apakah jikalau segala keputusan yang dibuat seringkali berpandukan sentimen, hearsay, dan self interest. Akibatnya terlalu banyak u-turn menyebabkan mereka menjadi apologetic. Tak malukah?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.