Header Ads

ads header

Flash News

Takziah Atas Pemergian Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri


PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Marhum Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri yang meninggal dunia hari ini, akibat serangan jantung di sebuah hospital di Tehran.

Beliau merupakan Ketua Majlis Tertinggi bagi Majma’ Taqrib Antarabangsa Antara Mazhab Islam Iran dan juga merupakan penasihat kanan kepada Ayatollah Ali Khamenei. Selain itu, beliau juga pernah memegang posisi Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Muslim Sedunia.

Kehilangan beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar khususnya buat dunia Islam kerana jasa beliau dalam menggerakkan agenda perpaduan ummah melalui penulisan serta penglibatannya sebagai Setiausaha Agung dalam Majma’ Taqrib Antarabangsa Antara Mazhab Islam.

Semoga roh al-Marhum Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripadaNya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 28 Zulhijjah 1441 / 18 Ogos 2020

MR :  Yang tak setuju dengan Syiah, mesti tak suka dengan kenyataan ini  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Ucapan takziah sudah memadai.

    BalasPadam
  2. Adakah fahaman syiah diikhtiraf oleh pas???

    BalasPadam
  3. Fahaman wahabi sudah membaluti pas

    BalasPadam
  4. Kalo Mat Syabu bg kenyataan ni, siang malam puak PASPISPUS hentam PAN...

    BalasPadam