Header Ads

Header ADS

Tok Mat sah mahu tanding di Rembau, KJ nak letak mana?

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, langkah itu sesuai dengan tanggungjawabnya dalam parti di peringkat Pusat.

“Saya dah tak boleh bertanding di peringkat negeri sahaja.

“Saya kena pergi Pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU-15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen di Rembau,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Sri Kota di Kota di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota merangkap Ketua UMNO Cawangan Sri Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said dan Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hassan.

Sebelum itu, Awaludin membentangkan usul tergempar mencadangkan agar Mohamad yang juga ADUN Rantau dicalonkan untuk bertanding mempertahankan kerusi BN di Parlimen Rembau dalam PRU-15.

Usul tersebut diluluskan secara sebulat suara oleh ahli-ahli UMNO Cawangan Sri Kota.

Jika Tok Mat ingin bertanding di Rembau, bagaimana pula dengan penyandang kerusi Parlimen itu, Khairy Jamaluddin?

Bagi menjawab persoalan itu, Mohamad berharap semua pihak jangan risau kerana BN akan meletakkan Menteri Sains dan Teknologi itu bertanding di kawasan Parlimen yang ‘baik’ juga.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau memberi jaminan hasratnya itu tidak akan menjejaskan Khairy.

“Tetapi disebabkan dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain.

“Saya pula tak tahu nak pergi ke mana, ini kawasan saya dan sebagai Ketua Bahagian, saya menawarkan diri di sini,” jelasnya.

Jadi, kawasan Parlimen manakah yang mungkin ditandingi Khairy nanti?

Tok Mat tidak pula memberi gambaran secara terperinci, sebaliknya beliau membayangkan Khairy mungkin bertanding di ‘kawasan sebelah’.

“Tak jauh pun perginya, selorong sahaja,” katanya.

Berdasarkan bayangan itu, terdapat kemungkinan KJ diberi amanah untuk merampas kembali kerusi BN di Parlimen Tampin yang kini dikuasai oleh Parti Amanah Negara (PAN).

Sekiranya andaian itu benar, pasti YB KJ sebagai tokoh muda yang berwibawa besar di peringkat nasional tidak berdepan kesukaran menjayakan misi tersebut.

Hasrat Tok Mat untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau juga pasti menerima sokongan padu bukan sahaja daripada ahli-ahli UMNO Bahagian Rembau, malah seluruh rakyat di Rembau dan Negeri Sembilan yang ingin melihat sentuhan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu di peringkat Parlimen dan kerajaan Persekutuan pula. – EDISI 9

#Sumber : www.edisi9.com.my    

MR :  KJ boleh join parti Baharu Mahathir  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.