Header Ads

ads header

Flash News

Umno, PAS dan PPBM bentuk sekretariat bersama MN, kata Annuar


PETALING JAYA:
Umno, PAS dan PPBM kini berada dalam sekretariat bersama Muafakat Nasional (MN) dan akan meneroka kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk kelompok bukan-Melayu dan bukan-Islam.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa mengumumkan perkara itu sekali gus berkata, gabungan 3 parti terbesar orang Melayu itu akan bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk bukan-Melayu dan bukan-Islam bagi menentang Pakatan Harapan (PH) secara satu lawan satu.

“Sekretariat MN yang kini dianggotai PAS, Umno dan PPBM akan membuat ‘engagement’ secara rasmi dengan pelbagai parti dan badan bukan-Melayu dan bukan-Islam untuk memperkasakan lagi saf perpaduan bagi menentang PH secara satu lawan satu,” katanya melalui Twitter hari ini.

Annuar yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, Umno, PAS dan PPBM harus berani meneroka politik normal baru dan membuat tawaran baru kepada Malaysia.

“Kita ambil pendekatan yang inklusif berpaksikan agenda rakyat, serta bertindak cemerlang dengan idea dan tawaran baru berasaskan pemikiran di luar kotak,” katanya.

Dalam pada itu, pemimpin kanan PAS, Umno, PPBM, MCA dan MIC yang membentuk gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijadualkan berada di pentas yang sama dalam siri ceramah untuk memenangkan calon BN sempena pilihan raya kecil (PRK) Slim malam esok.

Selain Annuar, acara itu bakal menampilkan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan; setiausaha agung PPBM, Hamzah Zainudin; setiausaha agung MCA, Chong Sin Woon dan setiausaha agung MIC, M Asojan.

Sebelum ini, pemimpin tertinggi PAS dan Umno mengesahkan menjemput PPBM untuk menyertai gabungan MN.

#Sumber : FMT   

MR :   Satu tindakan bijak 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kah355x..pengkhianat, penyamun dan penunggang agama dalam 1 bakul. Resepi terbaik membodohkan walaun 500 negara..kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ....berapa dap@komunis bayar bro??
      ....jangan banyak ketawa...nanti loroh gigi.

      Padam