Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Perlu Bersedia Hadapi PRU-15 Berseorangan


UMNO dan Barisan Nasional perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, termasuklah jika kita terpaksa pergi berjuang dalam pilihanraya umum ke-15 secara bersendirian dengan sepanduk dan lambang Barisan Nasional seperti berpuluh tahun sebelum ini.

Ini bukanlah kerana kita mahu pergi bersendirian, kita alu-alukan kerjasama dan muafakat dengan mana-mana pihak yang ikhlas dan adil, sepertimana yang telah kita buat sepanjang persahabatan yang termeterai dalam Muafakat Nasional dengan PAS sebelum ini.

Benar peluang kita untuk menang adalah lebih tinggi jika kita bersama berbanding jika kita bersendirian.

Namun jika ada mana-mana pihak yang mahu tinggalkan kita secara sukarela oleh apa jua sebab sekali pun, saya tidak rasa kita boleh memaksa mereka untuk setia bersama kita atau menghalang mereka dari meninggalkan kita, jika itu pilihan mereka.

Tiada paksaan dalam kerjasama politik sebagaimana juga tiada paksaan dalam Islam.

Dan jika mereka telah membuat keputusan, walau apa pun yang kita buat selain daripada perkara yang mendatangkan mudarat kepada kita sendiri, ianya besar kemungkinan tidak akan mengubah keputusan mereka tersebut kerana saya pasti pihak terbabit telah fikir masak-masak sebelum membuat keputusan itu.

Perjuangan kita perlu bermaruah. Sesuatu kemenangan tidak bermakna jika kita hilang maruah dan harga diri.

Kita berusaha, namun segala ketentuan, menang atau kalah, di tangan Allah SWT.

Istiqamah dalam perjuangan.

ISHAM JALIL

MR : Jika UMNO masih tidak terbuka dan merasai diri abang besar sampai bila MN tak akan mencapai matlamat   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Walau pun pahit umno mesti bersifat terbuka dan berlapang dada dengan MN dan BERSATU untuk menghadapi PRU 15 jika tidak mahu PH Dan DAP kembali berkuasa, perasaan sakit hati dan tidak puas hati perlu di ketepikan jika mahu lihat maruah melayu terjaga dan agama islam terpelihara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul,.sangat2 setuju..umno jangan jadi bodoh kembali..dan gila kuasa hingga boleh tergadai kuasa

      Padam
  2. Betul sgt2, saya setuju. Ibarat suami isteri perlu bertolak ansur demi mendptkan kebahagiaan rmhtgga.

    BalasPadam
  3. UMNO perlu ikut kebijaksanaan pimpinan pas terutama barisan kepimpinan tertinggi..jangan sesekali umno merasa diri hebat kerana muafakatlah melayu kembali berkuasa..jika berpecah..bala menanti..umno jangan rakus kuasa seperti dahulu..ikutlah keharusan semasa..jgn biar tergadai hak milik bum4putera lagi.kita dah kenal siapa serigala serigala gila kuasa untuk menjahanamkan bangsa berdaulat.harap umno jgn bersilat kesorangan lagi..muafakat untu sejahtera jgn biar tergadai bangsa

    BalasPadam