Header Ads

ads header

Flash News

Umno sudah nyatakan pendirian tak sertai PN dalam 2 mesyuarat MN kata Asyraf Wajdi


Ketua Pemuda Umno Senator Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa kepimpinan partinya telah menyatakan pendirian untuk tidak menyertai gabungan politik Perikatan Nasional sebagai parti komponennya ketika mesyuarat Muafakat Nasional bersama PAS.

"Ini kerana dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), Umno tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umbi yang tidak mahu Umno menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

"Hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu Umno kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam MN," katanya pada suatu kenyataan malam ini.

Asyraf mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini bahawa parti itu tidak dimaklumkan mengenai keputusan Umno untuk tidak menyertai PN.

Menurut Asyraf pendirian tersebut telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili Umno dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi PAS.

"Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi Umno.

"Namun sebagaimana yang ditegaskan, Umno akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU15," katanya lagi.



Terdahulu, Astro Awani melaporkan Takiyuddin berkata perkara berkenaan "dijangka dibincangkan dalam masa terdekat dan PAS sedang menunggu pelawaan daripada Umno mengenainya."

PAS juga, kata beliau sekali lagi menegaskan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, sehingga PRU-15.

"Berdasarkan perjanjian dan kita (sebagai) parti Islam, kita berpegang pada janji.

"Perkembangan (yang berlaku) ialah kita (kini) bersama PN, jadi menjadi tanggungjawab (kita) memperkukuh dan pertahankan kerajaan ini," katanya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Zahid pada 30 Julai lalu berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.


MR : UMNO tak mahu jadi orang kedua   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kalau ia pon tunggu lah PRU15 baru umum .Kurang bijak . Nampak macam lupa diri sendiri ada case belum selesai dmakamah.

    BalasPadam
  2. Yang sebenarnya susah untuk UMNO untuk terima BERSATU bawah satu bumbung walau bilik lain2 kerana BERSATU tu kan ke orang orang UMNO yang berpaling tadah. PAS pun kena faham kalau situasi yang sama kalau AMANAH nak join Muafakat Nasional. Susah kan. Betul lah cakap Zahid, Muafakat Nasional tu kena diperkuatkan. PAS boleh ke bertanding bawah simbol BN, rasanya tak masuk akal. MCA tu kalau nak menang kawasan Cina dia pun kena berperangai macam DAP kalau tidak kalah, dan bermacam macam lagi. UMNO hanya akan setuju BERSATU masuk MN, kalau menang, PM mesti dari UMNO. PAS ni senang je asalkan mereka bebas berdakwah dan jangan ada DAP dan AMANAH.

    BalasPadam
  3. Umno ni bila mula rasa kuat mcm2 lah meroyan nya,,cuba lah umno tu tutup mulut dan berfikir cerdas sikit,,sedar diri skit umno kalah pru14 bukan sekadar kerana fitnah tapi banyak hakikat nyata umno ni merompak harta negara salah guna kuasa merosakkan pemikiran rakyat dengan berbagai fitnah kepada parti lawan terutama kepada pas selama puluhan tahun,,,umno kena muhasabah diri dan kalau dah rasa terlalu hebat mak jadi big brother nak org ikut cakap umno shaja baik lah umno keluar mn sahaja takde makna duk dalam mn tapi nk kuasai segalanya,,ahli pas ada maruah dan harga diri,,cukuplah zan bersama pr dan ba ahli pas jadi barua kepada parti2 lawan yang terbukti menikam belakang ketika berasa dah kuat,,umno kena ingat mereka juga ada sejarah kurang ajar ini tendang pas bilamana mereka dah kuat menjilat pas ketika mereka lemah

    BalasPadam
  4. Kalau mcm ni keadaannya..ape beza kita dgn blog pembangkang..berebut nak jadi PM jugak ke masing-masing...belajarlah dr PRU yg lps Melayu semua..bersatulah..jgn berpecah lagi..nk kene pijak dibumi sendiri lg sekali mcm haritu ke..pihak lawan seronok melihat kita rapuh mcm ni..diorg tunggu nak ngap je..
    Ingatlah,kita semua akan balik ke kampung akhirat..jumpa Allah taala balik..nak jawab apa esok???

    BalasPadam
  5. Pas x byk ckp psl lebih utk penyatuan ummah drp terlepas kpd dap.

    BalasPadam