Header Ads

ads header

Flash News

Umno tak perlu campur isu ahli bukan Melayu PPBM, Annuar beritahu Ku Li


PETALING JAYA:
Gesaan pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya menteri Kabinet mewakili parti itu berundur dari kerajaan susulan langkah PPBM membuka keahliannya kepada bukan Melayu hanya pandangan peribadi beliau, kata Annuar Musa.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Umno tidak pernah berhasrat mencampuri urusan parti lain memandangkan sudah dinyatakan dalam piagam Muafakat Nasional (MN) bahawa ia berhasrat membina gabungan besar terdiri daripada parti Melayu dan bukan Melayu.

“Itu adalah pendapat seorang individu dan kita harus hormati pendapat itu atas sifat ia sebagai individu. Sudah tentu keputusan yang kita buat berdasarkan keputusan parti.

“Pada ketika ini parti tidak membuat pandangan seperti dizahirkan oleh Tengku Razaleigh.

“Kita tidak campur urusan parti lain. Misalnya PAS mempunyai kelab penyokong bukan Islam dan ia tidak harus jadi masalah kepada Umno.

“Jika PPBM mahu buka keahlian kepada bukan Melayu, kita kena hormat hal-hal dalaman mereka,” katanya ketika berceramah di Felda Trolak Selatan, Perak, malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Tengku Razaleigh berkata, keputusan PPBM untuk menerima ahli bukan Melayu menyebabkan parti itu secara sendirinya tidak lagi layak menjadi anggota pakatan orang Melayu Islam yang didukung oleh MN.

Beliau berkata, Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan itu bagi menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.

Beliau menggesa anggota Kabinet dari Umno berundur secepat mungkin supaya parti itu tidak “membuang masa” dalam kerajaan.

Sebaliknya kata beliau, Umno harus memberi tumpuan kepada masalah lebih besar seperti kedudukan orang muda yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan.

Annuar berkata, tidak pernah menjadi asas bagi parti dalam MN yang terdiri daripada Umno, PAS dan PPBM untuk memperjuangkan agenda Melayu dan Islam sahaja, sebaliknya turut menjemput parti bukan Melayu seperti MIC dan MCA untuk turut bersama dalam gabungan itu.

“Sebab itu kalau MIC dan MCA juga mahu sertai (MN) secara rasmi, itu akan dibincangkan. Kita perjuangkan Malaysia yang luas, yang majmuk, dengan mengambil kira aspek kepelbagaian kaum.

“Jadi isu mana-mana parti memberi layanan baik kepada bukan Islam, tidak jadi masalah buat Umno,” katanya.

Terdahulu, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata, parti itu bersedia meminda perlembagaannya bagi membolehkan ahli bukan Melayu memegang jawatan dalam parti.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi membincangkan perkara itu yang diketuai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM Rais Yatim sebelum ia dimuktamadkan

Pada ketika ini, PPBM hanya membuka keahliannya kepada bukan Melayu sebagai ahli bersekutu yang tidak dibolehkan memegang jawatan dalam parti.

#Sumber :  FMT  

MR :  PAS pun ada bukan Islam (DHPP)  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. KuLi yg bingai,,ahli2 umno d sabah majoriti bukan islam dan jauh sekali mereka d sabah berbangsa melayu,,,dah tua ingatkan makin cerdik rupanya sama bebal dengan atuk

    BalasPadam
  2. Nak perjuangkan rakyat kenalah jadi parti memerintah jadi menteri, kalau duk luar kabinet apalah yg boleh dibuat Ku Li oiiii

    BalasPadam
  3. Kesian kuli..suruh keluar kjaan pastu surih tolong anak muda cari kerja...mana lagi senang nk tolong anak muda, berada dlm kjaan ke atau luar kjaan. Kesian

    BalasPadam
  4. Orang kalo dah bingai...vakap pun merapu aja.
    Sudah tua...duduk rumah aja lah..

    BalasPadam
  5. Orang kalo dah bingai...vakap pun merapu aja.
    Sudah tua...duduk rumah aja lah..

    BalasPadam