Header Ads

ads header

Flash News

WARISAN Perlu Berhenti Membohongi Rakyat


KOTA KINABALU
: Dakwaan Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’Mun Sulaiman kononnya geran tanah adat NT atau Geran Komunal NT menghalalkan’ pembalakan ketika era kerajaan lalu, tidak lebih daripada cerita karut semata-mata.

Objektif pengeluaran Geran Komunal NT yang d proses melalui pindaan seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah pada tahun 2009 adalah seperti berikut :-

1. Melindungi kepentingan anak negeri ke atas Tanah Kerajaan d sekitar kawasan perkampungan anak negeri .

2. Mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis Native Title / Field Register ( NT/ FR ) kapada Anak Negeri in-situ secara berkelompok.

3. Menyelesaikan isu tuntutan Hak Tanah Adat Anak Negeri.

4. Menyelesaikan isu pertindihan Permohonan Tanah.

5. Memastikan Anak Negeri tidak menjual hak dan kepentingan Tanah dengan sewenang nya. Mengikut rekod Jabatan Tanah dan Ukur Pengeluaran Geran Komunal yang d proses melalui Pemberimilikan Tanah Terancang ( Fast Track ) pada tahun 2010 sehingga 2013 telah berjaya mengeluarkan 62 Geran Komunal dengan keluasan 83006 ekar ( 33591 hektar).

Jumlah benifisiari ( pemilik tanah) yang terdiri dari Anak Negeri ( penduduk Kampung In-situ) adalah sebanyak 8039 penduduk Kampung daripada 155 buah kampung yang melibatkan 10 buah daerah ( daerah Tongod, Kinabatangan, Keningau, Nabawan , Sipitang , Kota Marudu, Pitas ,Ranau , Tenom dan Labuk- Sugut ).

Untuk tujuan Pembangunan Tanah dua option d berikan kapada pemilik tanah/ Benifisiari ia itu membangun kan Tanah secara joint venture atau bersendirian. Jika benifisiari memilih untuk membangun Tanah secara persendirian Jabatan Tanah dan Ukur akan menjalankan pengukuran lot menggunakan PANTAS.

Jika terdapat kayu balak Yang boleh di pasarkan maka permohonan hendaklah di proses melalui Jabatan Hutan. Ini menunjukkan bahawa Ahli Parliamen Kalabakan berbohong kapada rakyat Sabah dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hj Aman.

Tanah adat bukan kawasan hutan simpan, sebaliknya ia merujuk kepada tapak yang diusahakan oleh pemohon sejak sekian lama untuk bercucuk tanam atau berkebun. Kategori tanah adat langsung tidak termasuk dalam kawasan hutan simpanan.

Takrifan hutan simpan adalah kawasan yang tidak berpenghuni, tidak pernah diduduki dan jauh dari penempatan penduduk. Tanah adat pula adalah kawasan penempatan penduduk.

Mengapa kawasan hutan Sabah bertambah? Keadaan itu berlaku apabila kerajaan negeri dahulu tidak memberi lesen pembalakan baharu, manakala lesen yang tamat pula tidak diperbaharui. Hakikat ini dengan sendirinya menunjukkan Ahli Parlimen Kalabakan berbohong apabila mendakwa pertambahan keluasan hutan simpan Sabah berlaku kerana turut merangkumi kawasan tanah adat rakyat.

Menerusi pentadbiran kerajaan dahulu pimpinan Tan Sri Musa Aman, aspek pengurusan hutan amat diberi perhatian. Pelbagai usaha serius dilaksanakan ke arah mewujudkan hutan yang sihat dan produktif dalam kawasan hutan simpan, dengan setiap satunya mempunyai pelan pengurusan tersendiri. Bagi kawasan yang tidak dilindungi sepenuhnya, pembalakan dilakukan secara mapan manakala kawasan pemuliharaan bernilai tinggi dipelihara dengan rapi, sejajar pelbagai manfaat yang terangkum di dalamnya termasuk kawasan tadahan air.

Menerusi Pengurusan Hutan Mapan (SFM), sejumlah 53% dari kawasan di Sabah atau seluas 3.9 juta hektar tanah negeri, dikhususkan sebagai Kawasan Hutan Simpan, Kawasan Perlindungan dan Kawasan Pemuliharaan Hidupan Liar secara kekal.

Kerajaan Negeri turut mengkhususkan 30 peratus daripada keseluruhan kawasan hutan hujan tropika Sabah atau 2.2 juta hektar sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA), yang diharap dapat dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang atau lebih awal. Ia turut melepasi sasaran 10 peratus Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

Seperkara yang perlu diberi perhatian, pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu memulih dan menanam semula lebih 600,000 hektar hutan, dipercayai kawasan paling luas bagi tujuan itu di kawasan hutan hujan tropika. Kerajaan pada masa itu turut mempromosi Sabah sebagai hab penyelidikan hutan hujan tropika, membabitkan pertubuhan penyelidikan antarabangsa seperti The Royal Society of the United Kingdom, The Nature Conservancy of the United States of America, Yayasan Sime Darby, Yayasan Abraham, WWF-Malaysia IKEA dan Petronas, selain institusi pengajian tinggi utama tempatan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kalabakan perlu berlaku jujur dengan menjelaskan istilah sebenar hutan simpan kekal kepada rakyat, bukan mengelirukan mereka dengan istilah politik. Itu tidak lebih daripada istilah antarabangsa yang diberi sijil pengiktaran. Mana mungkin kerajaan mewartakan kawasan yang tidak mempunyai tanaman hutan sebagai kawasan hutan? Jika itu yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan daripada Warisan berkenaan, ia tidak ubah seperti mengatakan Gurun Sahara mempunyai hutan kekal. Kalau pun tidak mahu mengakui segala jasa kerajaan lalu berhubung penyelesaian permohonan tanah adat Sabah, janganlah berbohong.

Sudah-sudahlah. Kerajaan Warisan Sabah hanya ‘memetik buah yang ditanam’ kerajaan era Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Musa Aman dalam aspek geran tanah adat yang mengalami kelewatan pengukuran sejak 40 hingga 50 tahun lalu, berikutan masalah peruntukan dan petugas pengukuran. Menyedari kekangan itu, kerajaan negeri terdahulu mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Cadangan Kerajaan pimpinan Musa diterima dan dipersetujui. Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM20 juta setahun sejak tahun 2011 bagi kerja-kerja pengukuran yang dilaksanakan menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Sabah (PANTAS).

Bermula pada tahun 2011, kerja pengukuran tanah adat dapat dilakukan dengan cepat. Keadaan itu turut menjadikan tempoh penyediaan geran lebih singkat. Bagaimanapun, penyerahan geran kepada pemohon hanya disempurnakan ketika Datuk Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dalam keadaan ini, Shafie hanya ‘menumpang’ usaha dan kerja keras kerajaan negeri terdahulu. Ia tidak lebih daripada keadaan ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ memandangkan proses penyerahan geran tanah adat kepada pemohon dilakukan secara berterusan sehingga Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) menyelesaikan semua permohonan.

Kita boleh membuat pemeriksaan berdasarkan data penyerahan geran tanah adat Sabah. Sebagai contoh, sehingga akhir 2017, seluas 36,137 hektar (90,343 ekar) tanah adat selesai diukur. Geran berkaitan dalam proses penyediaan secara berperingkat bagi kawasan meliputi segenap pelosok Sabah.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Shafie nampaknya rancak bergerak ke seluruh Sabah bagi menyempurnakan penyerahan geran tanah yang selesai diukur itu. Beliau melakukannya tanpa sedikit pun berasa malu, malah mendakwa pemberian geran tersebut dapat dilaksanakan atas usaha kerajaan Warisan.

Hakikat sebenarnya, proses penyediaan geran tanah terbabit bermula sejak tahun 2011 sebelum dapat diserahkan kepada pemohon. Sehingga akhir tahun 2017, geran bagi seluas lebih 90.000 ekar tanah adat giat diproses untuk diserahkan kepada pemohon yang layak.

Datuk Osman Jamal
ADUN Balung/ Mantan Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur
Tawau,
14 Ogos, 2020

#Sumber : https://www.sabahpost.net   

MR :  Sudah sampai masa Sabah perlukan orang politik yang berjiwa rakyat dan bantu rakyat dan sabah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan