Header Ads

ads header

Flash News

Zaidi Aziz calon Umno pada PRK Slim


Umno Perak mengumumkan pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz sebagai calon BN bagi PRK DUN Slim.

Pengerusi Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad membuat pengumuman itu pada sidang media di Trolak hari ini.

Ia mengesahkan jangkaan sebelum ini yang menyebut Zaidi disenarai pendek antara tujuh calon berpotensi mewakili parti pemerintah itu.

Sementara itu, parti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Pejuang dijangka akan mengumumkan calonnya pada jam 8.30 malam ini.

Bekas pengasas dan pengerusi Bersatu itu pada sidang media malam ini juga dijangka akan mengumumkan lebih banyak perincian mengenai lambang dan nama yang akan digunakan calon parti barunya semasa kempen PRK Slim.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH dengan lambang PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, Barisan Nasional terdiri daripada 25 Umno, Bersatu (lima), PAS (tiga) sementara DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (satu) serta Gerakan (satu).

Pengundian PRK Slim akan diadakan pada 29 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 15 Ogos.

Pemimpin DAP Perak Abdul Aziz Bari sebelum ini berkata pembangkang akan berhadapan tugas sukar pada PRK ini.

"Orang tempatan, khususnya orang Melayu cuma boleh melihat dan memahami isu-isu setempat.

"Mereka mungkin tidak tahu mengenai tahap atau piawaian pembangunan dan tidak sedar bagaimana Umno telah menggagalkan mereka mencapai matlamat itu walaupun telah berkuasa lebih 60 tahun," kata Aziz kepada Malaysiakini.

Pilihan raya kecil Slim adalah yang kedua selepas PRK Chini yang diadakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, dan juga pilihan raya pertama sejak Perikatan Nasional mengambil alih kuasa pada bulan Februari.

Ia juga pilihan raya kecil ke-12 sejak Pilihan Raya Umum 2018.

MR :  Agakanya boleh hilang wang pertaruhan tak calon parti PEJUANG?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan