Header Ads

Header ADS

42 MP DAP akan sokong Anwar jika, Anwar cukup majoriti kata Lim Guan Eng (ayat tak yakin)


PETALING JAYA:
DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, jika presiden PKR itu mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman Anwar, yang mendakwa cukup sokongan ahli Parlimen untuk menuju ke Putrajaya.

“Kami mengambil maklum pengumuman tadi bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.

Anwar turut mengumumkan beliau membentuk pakatan baru dengan rakan baru.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, PH mempunyai 91 ahli Parlimen, Warisan (9), PBS (2) dan PSB (1). Sembilan lagi ahli Parlimen daripada kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad dan seorang wakil rakyat bebas.

BN pula mempunyai 43 kerusi, PPBM (31), PAS (18), GPS (18) dan STAR (1).

#Sumber :   FMT 

MR :   Macam tak yakim aje kenyataan LGE 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. ANWAR MUNAFIKUN tawan Putrajaya hargaa myakk turunn..ada 30-40 MP akan dterbangkan ke Putrajaya 16SEPT2008...CUKUP 130MP julai 2020..ada BUKTI tghh dan PAS TERIMA RM90juta dan 1.4juta..KHIANAT REFORMASI RAKYAT bila jilat muntah MAHATHIR yg penjarakannya..meRAMPAS KERUSI KHALID IBRAHIM..langkah kajang..BERTAUBATLAH SEBELUM AJAL MENJEMPUTMU

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.