Header Ads

ads header

Flash News

Agihan kerusi PRN Sabah selesai 95%, kata Zahid


KOTA KINABALU:
Pengagihan kerusi antara Barisan Nasional dan parti dalam Perikatan Nasional untuk Pilihan Raya Negeri Sabah kini 95% selesai, kata Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu mendahului Bung (Moktar Radin) kerana dia mempunyai kuasa penuh untuk mengumumkan jumlah kerusi dan nama calon yang akan bertanding,” katanya merujuk ketua Umno Sabah.

Beliau berkata, calon berkelayakan yang tidak terpilih untuk bertanding pada PRN Sabah masih berpeluang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

“Memang kita ada banyak calon berkelayakan, tapi jumlah kerusi tidak banyak kerana kita juga perlu mengagihkannya dengan rakan (parti) kita yang lain.

“Bagaimanapun jangan risau, kalau tidak dapat bertanding pada pilihan raya (negeri) nanti, kita masih ada PRU15, kalau tidak dapat jadi Adun, insya Allah kita akan usahakan untuk mereka ahli Parlimen nanti,” katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya BN Sabah hari ini.

Sebanyak 73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah yang dijadualkan pada 26 Sept ini dengan hari penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept.

Zahid berkata, PRN kali ini ialah peluang BN menebus maruahnya ekoran kekalahan pada PRU14 lalu.

“Kita mahu tebus maruah kekalahan pada PRU lalu, maruah tidak boleh dibeli dengan wang, walaupun wang adalah segala-galanya, namun segala-galanya tidak boleh dibeli oleh wang.”

Ditanya sama ada bekas bendahari agung Umno, Salleh Said Keruak diterima menyertai BN semula, Zahid berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Bung selaku ketua Umno Sabah.

#Sumber :  FMT  

MR :   Tahniah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Cepat sikit setelkan pembahagian kerusi tu.. Lahad Datu dah zon merah dah tu.. rasanya dah boleh start masukkan pengundi hantu yg dah ready tu kat situ.. perghhh.. dasyatnye perancangan PN ni.. dgn Federal terlibat.. dgn KKM terlibat sama.. ape nak buat.. terimalah nasib rakyat Sabah.. ini mungkin perancangannya selain menunggu keputusan mahkamah rayuan.. huhu..

    BalasPadam
  2. Kepada rakyat sabah, sejujurnya saya katakan,,kebersamaan bersama kerajaan pusat adalah pilihan terbaik. Tinggalkan parti serpihan sabahan yg hanya mementingkan perut masing2 sahaja. Sekiranya dahulu BN, maka hari ini PN adalah pilihan terbaik.

    BalasPadam