Header Ads

ads header

Flash News

Agong tidak akan terima menghadap selama seminggu


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun selama seminggu kerana sedang menjalani pemerhatian di sebuah hospital, kata seorang pegawai istana negara, ketika ketua pembangkang, Anwar Ibrahim ingin mendapat perkenaan untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar minggu ini berkata dia telah memperoleh majoriti "kukuh dan menyakinkan" daripada anggota parlimen di Dewan Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Tetapi dia harus meyakinkan Seri Paduka bahawa dia mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Pergolakan politik terbaru ini tercetus hanya tujuh bulan setelah satu lagi perebutan kuasa lain yang menyaksikan Muhyiddin menjadi perdana menteri dan berkemungkinan akan membantutkan usaha untuk menstabilkan ekonomi yang terjejas akibat wabak koronavirus.

Muhyiddin, yang mempunyai majoriti tipis di parlimen, menolak dakwaan yang Anwar mempunyai majoriti dan mencabarnya untuk membuktikan sokongannya  melalui proses perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong berperanan dalam majlis adat istiadat di Malaysia tetapi baginda boleh melantik perdana menteri yang pada pandangannya cenderung mendapat sokongan majoriti di parlimen. Atas nasihat perdana menteri, Seri Paduka juga boleh membubarkan parlimen supaya pilihan raya dapat diadakan.

"Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah dinasihatkan oleh doktor-doktornya untuk menetap (di hospital) selama tujuh hari untuk pemerhatian.

"Sehingga itu, baginda tidak akan menerima menghadap daripada sesiapa,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Reuters.

Anwar dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah pada hari Selasa lalu tetapi majlis tersebut terpaksa dibatalkan susulan kegeringan Seri Paduka yang kemudiannya dirawat di Institut Jantung Negara.

Belum ada parti politik besar yang tampil menyokongnya, namun Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak dapat menghalang mana-mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baru.

#Sumber :  - Reuters  

MR :    Seminggu lagi politik Malaysia jadi carca cerba kerana ada yang giler nak jadi PM


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. ANWAR boleh jadi PM seumur hidup di TIMOR LESTE @ pulau LAYANG2..sesuai dengan penyakit GILA dan munafiknya

    BalasPadam
  2. Mudahan YDPA cepat sembuh dan segera memberi peluang kat Anwar membuktikan dakwaannya.. sekarang ni dah mula ade bunyi2 serong mengatakan YDPA sengaja melengahkan masa kepada Muhyidin utk merampas sokongan Anwar.. harap2 YDPA berlaku adil dan bukan jenis memihak mana2 puak.. Anwar ni tak mengacau kalau dia tak dikacau.. sape yg mula2 kacau? dan ade baiknya Muhyidin juga berkemas barang dan memohon menjadi PM kat Timor Leste @ Pulau Layang2.. rasa2 nya akan diterima dgn mudah sbb Muhyidin akan bagi bantuan , kuasa dan pangkat kat rakyat sane.. rakyat sane dah boleh senang2 kat rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar nk bagi duit zakat kpd non Muslim pun awak nak sokong? Kau ni memang kafir.

      Padam
    2. begitu juga Dalil ANWAR ada bukti PAS terima 90juta dan 1.4juta akhirnya berkuburr pakatan hancing punah harapan atas BALASAN ALLAH kerana fitnah mereka hingga menyebabkan JEMAAH berpecah.

      Padam
  3. Besok shapie buat sidang media dia punyai majoriti sokongan ahli parlimen jadi pm.

    BalasPadam
  4. DSAI tak meroyan,rakyat yang meroyan kerana gaji tak cukup,ramai yang mengganggur tak ada tak ada kerja,makan sekali sehari,harga barang keperluan harian naik,korja kilang gaji puik,anok sekolah lagi,nok bayor bil itu ini gaji RM1200 sebulan tak cukup Yeop,mahunya cukup,seksa sungguh teman,hampa dok sibuk nok jadi PM,cukup2lah Yeop bawak mengucap same,berebut nok jadi YB,dapat jadi YB tak sampai setahun rumah macam istane,kereta mewah untuk mokdel,anok, korja,makan angin,porgi pasar kereta berlainan,rakyat pakai proton saga dah nok reban, tolonglah prihatin kat rakyat yang susah lagi derita ini.
    Ada kaca ada gelas,lepas baca harap balas. Sekian Terima Kasih daun keladi,Tq daun ketum,sapa menang dia untung.

    BalasPadam