Header Ads

ads header

Flash News

Anwar buka mulut saja pasaran saham jatuh merudum - Ahmad Amzad


KUALA LUMPUR:
Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini yang menyatakan kononnya kerajaan yang ada ketika ini telah jatuh adalah satu kenyataan yang lebih menjurus kepada politik terdesak yang tiada asas.

Menurut Timbalan Menteri Menteri Sains, Tenaga Dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim ketika dihubungi Astro AWANI berkata Anwar sepatutnya menghormati keadaan Yang di-Pertuan Agong (YDP) yang pada ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Ini tiada angin tiada apa tiba-tiba umum kerajaan jatuh. Saya kira ini adalah bentuk politik terdesak beliau. Dia sepatutnya lebiih sensitif dan bertimbang rasa dengan keadaan YDP yang sedang mendapatkan rawatan di IJN dan bukannya buat benda yang tiada asas," katanya yang kini berada di Sabah bagi membantu jentera Perikatan Nasional menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tiada apa yang berlaku sebaliknya mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada pagi tadi berlangsung seperti biasa.

"Mesyuarat Kabinet macam biasa pagi tadi. Perdana Menteri sendiri tak sentuh apapun mengenai isu ini.
"Takkanlah benda sebesar ini kami semua tak tahu atau tiada dalam pengetahuan kami jika benar," jelas Ahmad Amzad.

Malah jelasnya, di sebalik tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kesan yang tidak sepatutnya kepada ekonomi negara.

"Tengok apa jadi pada pasaran saham pagi ini. Jatuh merundum dengan teruk gara-gara perbuatan beliau. Asal dia buka mulut saja pasaran saham jatuh merudum," kata Ahmad Amzad lagi.

Jelasnya lagi, soal kepercayaan terhadap Anwar suatu yang sering menjadi isu.

"Kalau Tun Mahathir, Shafie Apdal pun tak percayakan dia, kita lagilah tak percaya. Bukan sekali. Dah berkali-kali.

"Seri Paduka Baginda YDP Agong sedang gering pun, dia sanggup jual temberang lagi," tegasnya.

#Sumber : Astro   

MR :  Hospital sakit jiwa harus membuat pemeriksaan kepada Anwar Ibrahim  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Apa kena mengena dgn ssaham.apa lah ko ni.. ni mesti takut hilang kuasa ni.ko lagI xada apa2 lol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la. Ko yg bodoh Tak tahu macam Mana saham boleh jatuh Dan Naik baik diam.

      Padam
  2. Apa kena mengena dgn ssaham.apa lah ko ni.. ni mesti takut hilang kuasa ni.ko lagI xada apa2 lol..

    BalasPadam
  3. Anuar Brahim bekas banduan main JuBoR PKR sama mahacai PKR dan PH x ubah macam anjing kurap jalanan salak bukit... kihkihkih...jenis x ada perasaan malu dn bermaruah...kaki main JuBoR ...hancing... China luar negara kerbanyakan bijak...tp China DAPigs Malaysia pula kerbanyakan bodoh dan hancing....tengok 22 bulan cukup... bukan main bodoh mata sepet kiasu berak x basuh... penipu pembelit pemfitnah besar...ni...pnymun Terowong...banglo ghaib... kafirun Harbi muka x ada perasaan malu dn maruah 🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh busuk dan biadab kata2 saudara/saudari yg berkenaan.. Kalau hidup terlalu suka berkata keji.. Keji lah peribadi ya..

      Padam
  4. Memang ada kena mengena dgn saham kerana pelabur takkan masuk kalau kerajaan tak stabil.
    Kau kena pergi kursus ekonomi.

    BalasPadam
  5. Kalau ya pun you ada numbers, so what? Tan Sri Muhyuddin Yassin tak letak jawatan macam Atok dahulu. TSMY is still our PM.

    BalasPadam
  6. Ahaa..kita sudah ada PM yg mesra rakyat..TSMY benar2 mengambil berat tentang kesihatan n kebajikan rakyat Malaysia..ni belian bagi lg duit pd rakyat..berapa bilion?..tengok lps ni misti Malaysia meriah..fasal rakyatnya..kita akan keluar berbelanja..duit berbilion rm berlegar2 dlm Malaysia..sekali gus boleh menambah baikkan ekonomi Malaysia..kuasa membeli..n barang banyak laku..kena tambah pengeluaran barangan keperluan..peniaga dpt untung..semua org senyum melirik..

    BalasPadam
  7. Takot la tu.. Bru nk merasa happy2 jdi tim Menteri kan.. Kikikiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak takut apa ngok? Semuanya perancangan Allah swt.

      Padam