Header Ads

ads header

Flash News

Anwar cuba sabotaj ekonomi negara kata Wee Ka Siong


Pengumuman Dato’ Sri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan hari ini dilihat seolah-olah mensabotaj negara, yang ketika ini sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara. Ini dapat dibuktikan apabila sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI jatuh 10.5 mata!

Dato Sri Anwar Ibrahim kembali menggunakan taktik lamanya. Dulu, dia juga pernah mendakwa kononnya mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen dan akan “menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008”. Namun tiada apa yang berlaku. Ketika bercakap kepada pemberita tengahari tadi, beliau dilihat mengelak daripada menyentuh tentang jumlah nombor atau bilangan Ahli Parlimen yang bersama dengannya.

Atas kapasiti Presiden MCA, saya menegaskan bahawa pendirian kami adalah jelas: bahawa MCA dan BN ketika ini masih teguh berdiri bersama YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di bawah kepimpinan beliau, Kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berhadapan pandemik COVID-19 sejak 6 bulan lalu. Dalam masa sama, kita dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sebagai seorang pemimpin politik senior, Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab, apatah lagi ketika ini sedang berlangsungnya PRN Sabah. Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi PM.

Wee Ka Siong

#Sumber :  FB  

MR :   Rasa dia tak betul 20 tahu mengidam nak jadi PM! 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. ANWAR LAYAK PM 2 NEGERI* TANJUNG RAMBUTAN DAN TAMPOI.

    BalasPadam
  2. Nampak jelas dan nyata pelabur2 yg masuk melabur kat negara ni hanyalah jenis2 kaki pengubahan wang haram.. sejak PN memerintah malaysia adalah syurga bagi geng2 haram ni.. pasai tu ekonomi kita tiba2 ja jadi nak bagus.. huhu.. bila dengar je Anwar nak naik semua jadi kecut telur.. awal2 lagi dah rasa nak demam.. belum betul2 jadi PM lagi tu.. Muhyidin senanglah kena beli.. itulah kuasa Anwar.. semua orang takut.. melayu subsidi.. cina rasuah.. india pembelit... semua takut dgn dia.. yg ada prinsip ja sokong dia..

    BalasPadam