Header Ads

ads header

Flash News

Apa beza MindaRakyat.Net dan DetikDaily.net?

Saya menerima emel bertanya tentang perbezaan blog MindaRakyat dan DetikDaily. Emel pembaca tersebut adalah seperti di bawah:-

Tuan,

Saya mengikuti laman www,detikdaily.net yang kini dihidupkan semula. Saya mendapati artikel dan bahan daripada detikdaily seperti laman Pakatan Harapan. Adakah pengendali laman ini adalah daripada PH?

Saya menjadi ragu, apabila mindarakyat membuat link disebelah kanan laman mindarakyat untuk detikdaily.

saya ingin penjelasan daripada pihak tuan

Ahmad
Selangor

DetikDaily.net adalah rakan TranungKite.Net (TKO) yang dibina berdasarkan kepada majalah Detik terbitan Pemuda Sdn Bhd yang diasaskan Oleh Ahmad Lutfi Othman. Oleh kerana Ahmad Lutfi Othman telah menyokong dan penjadi pengerak parti AMANAH, domain detikdaily.net kekal milik TKO dan tidak aktifkan.

Nordin Ali, blogger yang pernah aktif bersama TKO mengambil alih semula domain itu dan kini DetikDaily.Net beroperasi seperti hari ini.

Konsep pendekatan DetikDaily masih kekal seperti sebelum ini iaitu semenjak 18 tahun lalu, terbuka, telus dan bebas. Detikdaily menyiarkan apa-apa artikel daripada mana-mana pihak tanpa terikat dengan mana-mana parti atau kumpulan. Konsep yang cuba nak dibawa ialah pembaca perlu pendedahan pelbagai sumber, kemantangan berfikir dan mengolah isu serta mencari kebenaran. Konsep pembacaan ini mungkin tidak sesuai untuk pembaca yang ada prinsip kepartian yang menebal.

Detikdaily juga hanya fokus kepada berita/artikel politik sahaja tidak seperti MindaRakyat yang merangkumi pelbagai isu.

Kami ada kesepakatan dalam menerbitkan artikel atau berita dimana Berita/Artikel MindaRakyat dan DetikDaily tidak akan ada yang sama. Insya-Allah tak akan sama. maknanya artikel yang disiarkan di MindaRakyat tidak akan diulang siar di DetikDaily begitulah sebaliknya.

Oleh itu saya mencadangkan kepada pembaca untuk membaca juga artikel-artikel di Detikdaily disamping MindaRakyat untuk mendapatkan berita yang lengkap terutama berita atau isu politik negara,

Blog Detikdaily adalah seperti berikut https://www.detikdaily.net/

Detikdaily juga diserang oleh Cybertropper PH sehingga facebook membuat sekatan atas URL detikdaily.net. Kalau boleh pembaca tolong paste di facebook dan buat bantahan kepada FB. Ambil satu link artikel detikdaily paste pada FB. Jika keluar seperti di bawah. ikut langkah-langkah berikut sehingga selesai.

Klik Ok
Klik Post

klik continue
klik continue


klik continue


Pilih Disagree - klik continue
close

Mungkin selepas ini anda boleh berkongsi artikel atau isu menarik daripada laman DetikDaily di facebook.

Walahualam

Telegram @abbasmohdnoor




    










Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Syabas! Lakukan tugas dgn baik.

    BalasPadam
  2. minda rakyat sekarang pun dah jadi barua yidin. so apa bezanya????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bezanya ialah, Detikdaily jd barua PH

      Kalo xsuka dgn artikel dlm Minda rakyat, p la tgk Detikdaily

      As simple as that.

      Padam