Header Ads

ads header

Flash News

Apakah ada ruang untuk wakil Cina dalam Kebinet Sabah?


KOTA KINABALU:
Apakah ada ruang untuk wakil orang Cina dalam Kabinet Sabah? Demikian persoalan yang timbul dalam komuniti itu selepas sebilangan besar mereka menolak calon Cina daripada GRS dan memilih calon Cina daripada Warisan Plus.

Ahli politik seperti bekas pembantu menteri negeri, Pang Yuk Ming, menganggap 95% undi daripada komuniti Cina memilih calon Warisan Plus.

Kesannya, calon Cina daripada GRS seperti MCA, PBS, dan SAPP tewas – ada juga yang hilang deposit – perkembangan yang menyebabkan komuniti itu tiada wakil untuk dipertimbangkan ketua menteri baharu Sabah, Hajiji Noor, untuk Kabinetnya.

Hajiji, yang belum menamakan 5 lagi menterinya, boleh menamakan seorang atau lebih wakil komuniti Cina untuk mana-mana 6 jawatan Adun lantikan dan kemudian boleh dilantik menjadi Kabinet negeri.

Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Sabah, Goh Tian Chuan, secara tidak langsung menyentuh hal ini apabila menyeru ketua menteri membentuk sebuah kerajaan negeri yang berbilang kaum dan Kabinet yang pelbagai perlu untuk memastikan tiada kaum dipinggirkan.

Timbalan Presiden PCS, Pang Yuk Ming.

Namun, Pang, yang merupakan timbalan presiden PCS, mempersoalkan adakah boleh Hajiji mengambil langkah sedemikian kerana “kerumitan” dalam gabungan GRS yang terdiri daripada Umno, PPBM, PBS, dan STAR.

“Umno dan parti lain mengatur pelbagai portfolio dalam Kabinet. Adakah anda fikir mereka sanggup serah 1 portfolio untuk menolong komuniti yang menyokong kuat parti lain?” soalnya.

Pemerhati politik, Hamid Ismail, secara peribadi percaya komuniti Cina layak diberi suara dalam Kabinet.

Namun, sekiranya ia tidak menjadi kenyataan, ada alternatif untuk memastikan suara komuniti itu didengari, katanya, termasuk di Dewan Undangan Negeri di mana wakil rakyat Cina dari Warisan Plus dan PKR boleh menyuarakan isu mereka.

“Apapun terjadi, ketua menteri tidak akan mengabaikan atau meninggalkan mana-mana komuniti pun,” kata Hamid.

Penganalisis politik, Lee Kuok Tiung, berkata sudah tiba masanya orang Sabah dan rakyat Malaysia umumnya meninggalkan pemikiran bahawa hanya wakil rakyat dari komuniti tertentu yang boleh mewakili komuniti itu.

“Pada zaman ini, tidak semestinya orang Cina perlu mewakili komuniti Cina. Kita perlu lihat diri kita sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan bukan hanya sebagai rakyat Sabah atau etnik tertentu,” katanya.

#Sumber :  FMT  

MR :   MCA tak dapat mengatasi masalah sokongan Cina 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. tak payah bagi dah apa jawatan pun kat bangsa sepet pelingkup ni semua.
    biarkan saja mereka meroyan

    BalasPadam
  2. Betol to
    Bangsa oku bodoh nie jgn di bagi jawatan
    Dh la x membantu
    Ade dlm gabungan tpi x de yg menang
    Jgn d bgi
    Ajar sikit sepet babi nie,,,
    Woi rba bgon la sial
    Dpt tulang ko senyap plk
    Puihhh

    BalasPadam