Header Ads

ads header

Flash News

Arab Saudi benar umrah mulai 4 Oktober


RIYADH:
Selepas ditangguhkan selama tujuh bulan berikutan pandemik COVID-19, Arab Saudi kembali membenarkan jemaah yang berhasrat menunaikan umrah bermula 4 Oktober ini.

Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenar menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri negara itu.

Manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Ibadat itu dibenarkan dilaksanakan semula sepenuhnya selepas ancaman COVID-19 pulih sepenuhnya.

Sejak Mac lalu, Arab Saudi menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan akibat bimbang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, ekonominya terjejas akibat kesan sekatan COVID-19, termasuk tiada sumber pendapatan menerusi ziarah keagamaan.

Arab Saudi berusaha membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun bermula 2030.

#Sumber :   Astro 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan