Header Ads

ads header

Flash News

BN perlu KM setelah 2 kali mengalah kepada Bersatu kata Zahid


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah mengorbankan jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

“Kita telah bagi dua kali - satu di Perak, di mana Bersatu hanya ada empat Adun dan Umno ada 25.

“Tetapi kita setuju Adun Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai menteri besar Perak.

“Juga bila kita bentuk kerajaan persekutuan dengan Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), meskipun parti Muhyiddin Yassin tidak mempunyai bilangan anggota parlimen yang ramai, kita setuju dia diangkat sebagai perdana menteri,” katanya seperti dipetik laporan The Star.

Justeru katanya adalah tidak wajar sekiranya BN juga memberikan jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu.

“Sekarang untuk kita, jika BN tak dapat jawatan ketua menteri di Sabah, kesan yang besar ditanggung BN pada masa depan.

“Kajian kita menunjukkan kesan itu tidak bagus kepada BN.

"Saya tidak akan setuju jika Bung diganti oleh Adun selain BN untuk menjadi ketua menteri. Tidak,” katanya.

Selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) Sabah dengan 38 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GPS) berselisih pendapat mengenai calon ketua menteri.

BN mahukan Bung sebagai ketua menteri manakala Bersatu mencalonkan pengerusi partinya di Sabah iaitu Hajiji Noor.



Dalam perkembangan berasingan, The Star turut melaporkan bahawa Bung dan Hajiji telah menyerahkan akuan berkanun (SD) ketika mesyuarat semalam dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin.

Dipetik sumber, kedua-duanya kini menyerahkan keputusan pemilihan calon ketua menteri kepada Juhar.

Juhar berunding dengan bekas ketua hakim

Zahid mendakwa Juhar juga telah berunding dengan pakar undang-undang seperti Richard Malanjum, yang telah berkempen untuk Warisan berhubung calon ketua menteri.

Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datuk menyatakan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah turut menyatakan bahawa Yang di-Pertua negeri mempunyai hak untuk melantik ketua menteri dengan jumlah wakil rakyat negeri yang paling banyak memihaknya.

“Isu berhubung Perkara 6(7) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata Zahid.

Tambahnya, istilah 'parti yang membentuk majoriti' tidak semestinya bermaksud lebih 60 peratus daripada kerusi Dun.

“Kami (GRS) telah berikan dua nama iaitu Bung dan Hajiji.

“Ia hak Yang di-Pertua, tetapi saya harap (ketua menteri) adalah Bung Moktar,” katanya lagi.

MR : Muafakat secara baik, hasilnya akan baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Zahid sila berundur.. Ganti tok mat hassan..

    BalasPadam
  2. kasi habis penggal ini baru cerita baru jangan ikut perangai manusia gila kuasa

    BalasPadam
  3. Muafakat akan lahir bila ada keadilan.. seperti juga PH dulu apabila Mahathir dilantik menjadi PM walaupun Bersatu bukanlah majoriti.. ini adalah kerana janji Mahahir mahu berundur selepas 2 tahun dan menyerahkan kuasa pada Anwar.. selepas 2 tahun ternyata janji tinggal janji.. muafakat PH ternyata dikhianati.. dan sekarang Muhyidin dan Bersatu mula mengikuti cara Mahathir.. UMNO dipinggirkan.. dilukakan.. walaupun punya kerusi paling byk.. tidak mustahil dakwaan Anwar cukup sokongan ada kebenarannya.. hanya helah YDPA akan menyelamatkan PN kali ini... PAS telah terkena dan terluka apabila tiada calon dipertimbangkan utk bertanding.. apa guna muafakat kalau hanya Bersatu yg hendak menguasai dan mengawal.. pasti nanti akhirnya Bersatu akan tersungkur mengikut jejak pengasasnya Mahathir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU N SOKONG SANGAT2. Tapi dalam pas aku tengok yang paling beria2 sokong si yidin tu ada le sorang tu. yang lain2 aku tengok cool aje. tapi apa2 hal "mamat" tu berpotensi untuk hancurkan muafakat nasional.

      Padam