Header Ads

ads header

Flash News

Cakap Ikut Sunah Nabi, tapi kerja cari salah orang, terpilih pula tu


Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .”  Para ulama berbeda pandangan berhubung dengan tafsiran ayat ini adakah ia merujuk kepada perselisihan yang dimaksudkan itu dengan wujudnya agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama lain di satu pihak dan Islam di satu pihak lain, di mana agama-agama lain itu digolongkan sebagai puak yang berselisih “mukhtalifin” manakala umat Islam termasuk dalam kalangan puak yang dirahmati Allah SWT, atau ia juga merujuk kepada perselisihan umum manusia dalam hal agama. 

Para pendakwah perlu bijak menangani perbezaan pendapat agar mereka tidak menjadi seperti “orang politik” hari ini yang asyik bertelagah dan mencari peluang untuk menjatuhkan satu sama lain.  Bagi orang politik, apa sahaja ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk menjatuhkan musuh politik mereka atau peluang untuk memberikan kelebihan politik (political mileage), pasti akan dengan pantas merebutnya.

Masing-masing sepatutnya sentiasa mencari jalan bersangka baik dengan apa yang dituturkan. Inilah semangat  al-Quran agar sentiasa bersangka baik (husnul dhan). Sayyidina Umar al-Khattab RA turut diriwayatkan ada menyebut “Jangan kamu bersyak wasangka atas apa yang dituturkan oleh saudaramu melainkan beranggapan ianya baik”. Sebaiknya mengelakkan daripada berdebat kerana Islam tidak begitu menggalakkan kita berdebat kerana dikhuatiri akan membawa perpecahan, permusuhan dan sia-sia.

Dalam sebuah hadith daripada Abu Umamah yang menyebut bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” (H.R. Abu Dawud)

Sikap sebegini tidak sepatutnya tiada dalam diri sesiapa jua yang terpaksa berdebat dalam menyelesaikan perselisihan pandangan.  Imam al-Shafie menyebut “Tidak aku berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan akan Allah SWT zahirkan kebenaran di pihaknya”.

Kalau kita anggap kita pendakwah
Kalau Kita anggap kita pakar hadis
Kalau Kita anggap kita mengikut sunah Nabi s.a.w.

Kita hindar daripada komentar terpilih dan atas isu-isu terpilih. Kita anggap ini musuh/seteru kita pasal perbezaan pandangan dan kita perlu cari hujah matikan hujah. Sebenarnya kita sama aje dengan orang yang kita kritik.

Kalau Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle tajk setuju dengan Usaz Hashim Jasin pasal cerita hud-hud. Apakah perlu perkara itu diperbesarkan. Adakah ini ajaran Nabi s.a.w.? Saya nak tahu juga dimana sharienya cara yang dibuat oleh Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle?

Perbezaan pandangan dalam kumpulan bukan membuatkan kita mengkritik terfokus. Nabi tak ajar cara itu. Tak setuju dengan PAS isu lain. Tapi mengkritik kerana dia bukan kumpulan kita itu Nabi tak ajar.

Kalau Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle anggap PAS itu hitam, bagi saya Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle pun hitam. Kedua-duanya sama-sama hitam.

Hati yang mati tidak boleh menghidupkan hati-hati mati yang lain.

Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle pula ingat kata-kata itu. Orang yang hati dia mati setiap perkataan keluar daripada mulutnya bukan cahaya tetapi bau yang busuk dan beracun. Nak dapatkan hati yang baik bukan datang daripada kelulusan pHD tetapi daripada HATI YANG HIDUP.

Fokus tulisan ini bukan isu kritikan kepada Ustaz Hashim Jasin tetapi lebih meluas dan menyeluruh. Saya seorang pencipta kuliah agama, saya kumpul beribu-beribu koleksi kuliah dan beratus asatizah. Saya cuba untuk dengar kuliah Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle setelah saya download lebih 20 kuliah untuk diletakkan dalam pendrive yang saya boleh guna dalam kereta dalam setiap detik perjalanan kereta saya....

Tak sampai 2 kuliah saya dengar, kuliahnya memang banyak fakta dan ilmu tetapi terselit orang ini tak betul, orang itu salah, pendapat ini tak betul, pendapat itu salah... Maaf hati saya tak akan hidup dengan 'bunyian' yang beracun.. Maaf itu kuliah terakhir saya dengar... Mungkin ini hanya berlaku kepada saya sahaja, tidak kepada orang lain...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah"  [Surah Al-Anfal 2]

Owner
MR




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Setuju dengan pendapat penulis. Dimanakah sifat2 ulamak kalau dia betul2 oraang berilmu. Mengapa tidak mengambil contoh Imam2 terdahulu yang menghormati antara satu sama lain. Imam Shafie boleh meninggalkan Qunut apabila bersolat bersama dengan gurunya. Kalau ada selisih faham, bawak2 ler bermuzakarah bukan berdebat atau membuat kenyataan umum yang mana tidak membawa kebaikan kepada agama. Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang diredhoi dan diselamatkan dari azab kubor dan neraka. Aameennnn...

    BalasPadam
  2. Untuk makluman semua, pemikiran wahabi cenderung menyalahkan orang.
    Mana ada dlm kuliah wahabi yang menyuluh diri sendiri.

    BalasPadam
  3. Persoalannya apa hukumnya kalau berbuat perbandingan sebegini. Adakah ianya haram ke, makruhke, bidaah ke, dia hanya sebut tak payah. Sebagai seorang yang orang dengar kata kata dia, dia kena cakap yang pada masa nabi ke pada zaman sahabat yang tidak dibenarkan buat begitu kalau tidak dia kena sebut itu pendapat dia ijtihad dia, Kata pakar hadis, Wanita AMANAH pulak tumpang sekaki. Sebagai seorang ilmuan dia kena sebut rujukkan dia dari mana. Campak je la kedoktoran kau tu. Berhenti le menipu rakyat secara halus ni....mengguna persepsi.

    BalasPadam
  4. Pasal apa tak dikomen pasal anak DS Mukhriz yang ditangkap langgar SOP dan MABUK tidak dihadapkan ke Mahkamah Syariah. Pasal geng kan ? Lagi elok jangan bersuara confirm kategori mu.

    BalasPadam