Header Ads

ads header

Flash News

Dalil Pacak Bendera


1) Ramai orang duk sindir orang PAS jadi tukang pacak bendera. Meh saya nak bagi dalil untuk anda goreng. Anda jangan lah mudah triggered sangat dengan sindiran yang tak ada nilai sindiran pun tu.

2) Dalam peperangan zaman dulu-dulu, mengibarkan bendera atau panji-panji menjadi satu simbol kepada maruah pasukan tentera yang berperang.

3) Lebih-lebih lagi jika berjaya memacakkan bendera pasukan di kubu musuh - bermakna kemenangan sudah dalam genggaman. Atau kubu musuh berjaya ditakluki. Ia membangkitkan semangat pasukan untuk terus memenangi, dan melemahkan moral tentera musuh ketika perang sedang berkecamuk.

4) Maka, respon terhadap bendera lawan pula, mesti dipatahkan, dirampas atau dihapuskan pemegang panji-panji supaya bendera tidak berkibar.

5) Pentingnya memacak dan mengibarkan bendera ketika berperang telah ditunjukkan dalam peristiwa perang Mu'tah. Bendera tentera Islam di bawa oleh Zaid Haritsah. Setelah Zaid terbunuh, Jaafar mengambil alih bendera dan mempertahankan bendera tersebut sehingga terbunuh dengan tangannya terpotong. Kemudian berpidah bendera itu kepada Abdullah Rawahah, juga terbunuh.

6) Setelah tiga panglima perang yang disebut oleh nabi gugur syahid, tiada siapa yang mampu mengambil bendera dan memimpin pasukan. Saat moral tentera Islam sudah lemah kerana gugurnya tiga pemegang bendera yang memimpin pasukan, ketika itulah Khalid al-Walid menyambar bendera, dan menyusun semula strategi serangan.

7) Begitu juga peristiwa penaklukan Constantinople. Hassan Ulubate mengorbankan dirinya untuk memacakkan bendera Ottoman di atas puncak kubu Constantinople pada saat moral tentera Mehmet The Conqueror hampir runtuh kerana peperangan yang sangat lama dan meletihkan. Dengan berkibarnya bendera Ottoman, semangat tentera Ottoman dikembalikan dan moral tentera musuh runtuh - menyebabkan Constantinople akhirnya jatuh ke tangan Mehmet.

8 ) So, jadilah pemacak bendera. Kibarkan bendera anda. Pastilah akan ada pihak yang akan murung moralnya. 😈😈

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

p/s: amacam dalil kali ni? 😆

MR :  AMANAH bendera pun curi design orang punya.. nak pancak pun malu  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Masaalah nya pas dah jadi pak pacak

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarlah jadi pak pacak pun..

      asalkan bahaya yang mendatang dapat dikalahkan.
      asalkan yang menang itu melayu islam..
      asalkan tak kayu tunggul.

      tak ada masalahnya... cuma di mata yang skeptic ternampak begitu.
      lebih-lebih lagi yang allergic bila ternampak islam.

      Padam