Header Ads

ads header

Flash News

DAP masih mantap, sapu 6 daripada 7 kerusi ditandingi


Meskipun tidak bertanding atas logo tradisonal parti itu, DAP berjaya memenangi hampir semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Parti itu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas; Luyang; Kapayan; Elopura; Tanjong Papat dan Sri Tanjong.

Mereka hanya tewas di DUN Bingkor kepada calon Bersatu.

Calon DAP di Luyang, Phoong Jin Zhe memperolehi 15,138 undi, mengalahkan calon dari Parti Progresif Sabah (SAPP), Gee Tien Siong.

DAP juga cemerlang di Sri Tanjong apabila calonnya, Justin Wong Yung Bin menang dalam pertandingan lapan penjuru dengan mendapat majoriti 8,880 undi.

Di Kapayan, calonnya, Jannie Lasimbang juga dilaporkan menang selesa. Enam calon lain dari BN, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) dan calon Bebas jauh ketinggalan dengan undian tidak melebihi 2,000.

MR :  Orang cina masih bersikap keakuan   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. DAPIG menang selesa selepas KENDURI MAKAN KATAK...ingin jadikan KATAK HIDANGAN PELANCONG BISKUT DAN KEK KATAK...HARAPAN TERESA KOK

    BalasPadam
  2. daPIG menang selesa selepas KENDURI KATAK ..ingin jadikan katak HIDANGAN PELANCONG BISKUT DAN KEK KATAK...kempen teresa kok

    BalasPadam
  3. Warna-warni dan seni serta budaya politikus Sabah. Buat rakyat jadi"GERIGITAN" bola Orang2 politik saling "BEGIGIT".

    BalasPadam