Header Ads

ads header

Flash News

Doa buat seluruh rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu aje kata Musa Aman


KUALA LUMPUR:
Selepas tidak muncul pada sesi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman menitipkan nasihat kepada semua rakyat Sabah.

Dalam satu ciapan di akaun Twitternya pada Sabtu, Musa mengucapkan selamat maju jaya kepada Sabah dan mendoakan semuanya kekal selamat.

"Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat," tulisnya ringkas.
 

Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum ini pernah memuat naik dalam akaun Facebooknya seolah-olah memberi bayangan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

Bagaimanapun, Ketua Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, nama Musa tiada dalam senarai calon yang akan bertanding dalam PRN Sabah kerana beliau tidak memohon untuk menjadi calon.

#Sumber :   Astro 

MR :   Berikan kepada yang baharu 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan