Header Ads

ads header

Flash News

Dr Kamil Majid pilih AMANAH kerana kepimpinan Mat Sabu? Hebat benar Mat Sabu!!


Bekas profesor usuluddin Universiti Malaya, Dr Mohamad Kamil Abdul Majid menegaskan, beliau memilih AMANAH sebagai jalan dakwah beliau berbanding dengan parti-parti lain di negara ini kerana pemimpinnya.

Bagi beliau, semua parti orang Melayu di negara ini mempunyai masalah mereka tersendiri tetapi beliau yakin dapat bersama dengan kepimpinan AMANAH.

“Maka itulah saya memberanikan diri masuk politik. Berjuang dalam AMANAH; bukan Umno, Pas atau PKR.

“Kerana lebih sukar bagi saya memperbaiki mereka berbanding dengan AMANAH kerana saya lebih faham cara fikir pemimpin mereka seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Khalid Samad, Mujahid, Mohamad Husin, Anuar Tahir, Dzulkefly Ahmad dan lain.

“Itulah (sebabnya) saya memilih AMANAH sebagai hanya alat dakwah saya,” kata Dr Kamil.

Bagi beliau, dalam politik Malaysia, khususnya politik Melayu ada masalah pemikiran yang bercelaru samada dalam Umno, Pas, PKR mahupun AMANAH.

“Umno masih memperjuang asabiyah Melayu totok bersumber nasionalisme totok yang bercanggah dengan universalisme Islam.

“Ia juga seperti di tuduh dalam AMANAT HADI, sebagai partai sekular.

“Pas pula, pemimpin mereka terperangkap dalam ekstremisme taksub yang terjelma dalam kes Lubuk Merbau dan Memali,” katanya Kamil.

Yang terakhir, katanya, ia dilihat dalam ucapan muktamar yang mengeluarkan hadis bunuh secara pendalilan yang salah.

“Bagi orang luar; TS Mahyudin sendiri pernah mengcopnya sebagai Pas sebagai Parti Ajaran Sesat. Tetapi kini ketiga grup ini bergabung,” katanya.

Adapun PKR, kata beliau, dengan isu liberalisme sebagai ideologi yang menyamaratakan agama.

“Di tuduh ada unsur LGBT, DNA Umno masih kuat seperti ditunjuk oleh kartel Azmin Ali and the gang. Politik berebutkuasa berleluasa,” katanya.

AMANAH pula, katanya, dengan slogan rahmatanlil alamin juga memberikan huraian salah terhadap slogan tersebut sehinga di anggap mesra DAP dan dituduh rahmatan lil kafirin.

Penasihat AMANAH

MR :  Dua orang penasihat AMANAH pun dah jadi tukang pacak bendera aje.. Nanti masuk seorang lagi. Agama dalam amanah sekadar batu injakan aje   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Bagus ikut mat sabu,pejuang islam. Anak mat sabu mabuk ganja kat disko, anak husam jual pil kuda.SU menteri PH salahudin,mat sabu n the geng ditahan rasuah setelah 22 bulan jd kerajaan.Bahagian mana PAN dijadikan sandaran ok untuk diteladani?Sekadar penyokong sayap DAP.Islam dihina tadak apa.PAN kunci mulut

    BalasPadam
  2. dah bole baca fikirannya sebelum dia bersuara

    BalasPadam
  3. Dia tak masuk pasal party itu telah jadi ejen iblis dan syaitan.

    BalasPadam
  4. Tak jadi kudis gatal pun pada PAS jika dia sertai parti PANkhianat...jika dia masuk PAS pula tidak menjadi apa apa nilai tambah...abaikanlah

    BalasPadam