Header Ads

ads header

Flash News

Dr Kamil Majid Sertai Amanah Untuk Dakwahkan Orang Amanah


Di Kelantan hari ini ada “Majlis Pengisytiharan Tokoh Ulamak Sertai AMANAH” di mana Tokoh Ulamak yang menyertai AMANAH ini ialah Dr Mohamad Kamil Abdul Majid, mantan pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, yang berasal dari Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu.
Kemasukan Dr Kamil Majid ke dalam AMANAH ini rupa-rupanya dianggap sebagai satu peristiwa besar oleh orang-orang AMANAH malah disaksikan sendiri oleh tokoh-tokoh besar AMANAH seperti Datuk Husam Musa, Dato Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad.

Pelik juga bila Dr Kamil Majid menyertai komponen PH sedangkan beliau sebelum ini mengkritik PH dengan umpamanya berkata: “Nampak masing-masing geng PH ni duk kira kepentingan diri masing-masing. Apa beza dengan PN? Sama-sama berbagi ghanimah fesyennya.”

Dr Kamil Majid juga, mengikut Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, telah diberikan projek “penyusunan Tafsir al-Bayan dan penterjemahan Kutub al-Sittah” selain diberikan projek “penyusunan sebuah modul rujukan dalam bidang aqidah” oleh Kerajaan PN.

Tidak dapat dipastikan apakah yang diharapkan daripada kemasukan adik Prof Emeritus Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang sudah uzur (kata beliau, beliau baru kena mild stroke dan sakit buah pinggang), bertongkat dan berusia 70 tahun ini ke dalam AMANAH.

Kata tokoh-tokoh AMANAH yang berucap, ia bertujuan untuk membetulkan fahaman yang salah mengenai Islam, memanfaatkan kedudukan beliau selaku seorang anak murid kepada Tok Guru Nik Aziz serta kerana beliau didakwa mempunyai ramai anak murid di seluruh negara.

Begitupun, semua pasti tahu latar belakang beliau adalah dengan ABIM dan dengan posting-posting Facebook beliau seperti “Sepatutnya Rafizi diberi ruang menyumbang dalam kerajaan” dan “Rasa Tun ni macam bermasalah” jelas ke mana hala tuju sokongan Dr Kamil Majid.

Dengan sokongan kuat beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak pelik jika ada yang berteori bahawa kemasukan Dr Kamil Majid mungkin adalah untuk memperkuatkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam AMANAH.

Selain itu, pastilah Dr Kamil Majid akan dijadikan kapak untuk menakir pemimpin PAS dan ini sudah beliau lakukan dalam ucapan beliau hari ini yang menyelar pemimpin PAS kerana “asyik duk kafirkan orang, asyik duk fasiqkan orang, asyik duk bodohkan orang” dan pelbagai selaran lagi.

Apa pun, tidak banyak yang saya jangka boleh disumbangkan oleh Dr Kamil Majid kepada AMANAH, malah beliau sendiri sebenarnya menyebut dalam ucapan beliau hari ini bahawa beliau memasuki AMANAH hanyalah kerana beliau “nak berdakwah kepada orang AMANAH” sahaja!

Kamarul Yusoff


MR :  Ada golong elite rasa lebih selesa dengan yang elite..  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Majlis fatwa telah membuat fatwa bahawa ideologi liberal adalah sesat lagi menyesatkan

    Maka sesiapa sahaja yang menyertai puak liberal dalam pandap dan menyokong kepala bapak liberal mata satu adalah juga sesat lagi menyesatkan.

    Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

    مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

    “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”.

    Basis ini diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

    BalasPadam
  2. SOALAN:

    (1) Apakah jenis ulama yang bersekongkol dengan dengan pandap yang menjadi barua parti kafir harbi biaDAP ?

    (2) Apakah jenis ulama yang menyokong kepala bapak liberal yang pernah menghina hukum Islam, menyokong rejim pengganas Israel dan menjadi barua parti kafir harbi biaDAP ?

    JAWAPAN:

    Anas bin Malik ra. telah meriwayatkan sebuah hadis:

    ﻭَﻳْﻞٌ ِﻷُﻣَّﺘِﻲْ ﻣِﻦْ ﻋُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺍﻟﺴُّﻮْﺀِ ﻳَِﺘَّﺨِﺬُﻭْﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓً ﻳَﺒِﻴْﻌُﻮْﻧَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀِ ﺯَﻣَﺎﻧِﻬِﻢْ ﺭِﺑْﺤﺎً ِﻟﻸَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻻَ ﺃَﺭْﺑَﺢَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺗِﺠَﺎﺭَﺗَﻬُﻢْ

    Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’(ulama jahat) mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu.
    (HR al-Hakim)

    BalasPadam
  3. apa hendak ulas, tak pa reserve dulu

    BalasPadam
  4. Siapa yang kenal Prof Kamil secara peribadi, insyaAllah tidak akan menulis maklumat seperti dia atas, ataupun menulis banyak 'sangkaan'(atau dikenali sebagai fitnah) seperti artikel dia atas. Takutlah kepada ketika mulut yang dikunci, apabila sudah tidak dapat berkata-kata di hadapan Tuhan nanti. Wallahu'Alam. Astaghfirullah. Maafkan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan untuk Suhana menjawab segera :

      Adakah Dr Mohamad Kamil Abdul Majid telah menyertai parti Amanah yang menjadi sekutu DAP ?

      Padam
    2. Kita masih menunggu jawapan Suhana.

      Padam
    3. Suhana,

      Apakah hukum umat Islam bersekongkol dengan parti kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam ?

      Padam
  5. Dakwah kepada Mad Sabu, Kahlid Samad, Mahfuz dan beberapa pemimpin Amanah, kerana orang Melayu tidak takut dengan DAP tetapi orang Melayu lebih takut dengan Melayu yang jiwanya ada roh kafir.

    BalasPadam