Header Ads

ads header

Flash News

Dr Khairuddin Takiri membidas Lim Guan Eng bercakap pasal moral


MP Kuala Nerus mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral, sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Daripada mengulas tentang dirinya, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Takiri Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan Lim Guan Eng memberikan tumpuan terhadap kes rasuah yang sedang dihadapi bekas menteri kewangan itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral, sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan jenayah rasuah yang menurut Khairuddin merupakan sesuatu yang tidak bermoral.

“Itu kesalahan jenayah yang sangat besar. Itu maksiat besar. Tidak bermoral!

“[...] Beliau memang ada moral ke? Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin mempersoalkan moral Lim dengan membangkitkan kes rasuah banglo yang digugurkan oleh bekas peguam negara yang katanya, “dipertikaikan oleh rakyat”, serta kes rasuah terowong bernilai RM6.3 bilion.

Dia turut mendakwa Lim tanpa rasa malu menipu di Dewan Rakyat bahawa wang GST dirompak, dan terkini, kes projek rundingan terus bernilai RM6 bilion semasa Lim menjadi menteri kewangan, malah Lim didakwa memberi kelulusan tanpa pengetahuan menteri berkaitan.

Dia dipercayai merujuk rundingan terus pada zaman PH yang menjadi kontroversi baru-baru ini apabila dibangkitkan di Dewan Rakyat, khususnya projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dakwa menterinya, Zuraida Kamaruddin, diluluskan tanpa pengetahuannya.

Lim hari ini membidas PAS yang katanya mengangkat Khairuddin sebagai wira sedangkan Khairuddin dan keluarganya secara terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan melanggar kuarantin kendiri 14 hari setelah kembali dari Turki.

Kata ahli parlimen Bagan itu, pendirian PAS menunjukkan betapa terpesongnya sistem nilai di dalam PAS.

Malah dakwa Lim, perbuatan Khairuddin itu tidak bermoral, berdosa, dan menyalahi undang-undang, namun Khairuddin hanya dikompaun RM1,000 sedangkan ada rakyat yang melakukan kesalahan serupa didenda jauh lebih tinggi malah dipenjara.

MR :  Bercakap pasal moral tapi projek terowong entah ke mana?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Bodo babi punye sepet
    Kes ko to lagi terok
    Lgi mau menyalak
    Bodoh punye melayu bando yg sokong apek bodoh nie....
    Puihhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu kampung lagi bodoh aku rasa sbb pegi sokong pemimpin Islam yg tak nampak tanda2 keIslaman macam si Din ni.. harap kopiah je pakai tapi dah terang2 buat salah tak mengaku mula2.. dah level dah dgn LGE.. abis nas dan hadis dikorek nak buat dalil.. haha.. kalau LGE tu kita pahamlah pasal dia tak Islam..

      Padam
  2. Lawaklah kau Din.. akhirnya kau mengaku yg rasuah tu kesalahan besar.. maksiat besar.. tak bermoral.. abis tu yg kau boleh berkongsi kuasa dan bersekongkol dgn UMNO yg lagi byk kes rasuah yg sedang dibicarakan dimahkamah kau tak rasa malu ke? Kau boleh plak sekapal dgn Nik Abduh tu yg jelas2 pembohong. Tu kau tak nak kecam ke? Mentang2 geng2 kau tu senyap dan tak kecam kau.. bila LGE berbunyi terus kau nak kecam.. apa punye jenis manusia Islam kau ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang lagi lawak...

      berkokok kat sini dapat apa..?
      sama ja macam lim... kokok ja lebih.
      padahal ekor begelumang tahi.

      Padam