Header Ads

ads header

Flash News

Dua kali nak masuk Hospital ketika peralihan kuasa kata Abdul Hadi



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendedahkan dia hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada penghujung Februari lalu.

Abdul Hadi yang terlibat secara langsung dalam proses tersebut menyifatkan pertukaran kerajaan ketika itu sebagai pengalaman paling meninggalkan kesan sepanjang 56 tahun penglibatannya dalam politik.

“Saya dan dan rakan-rakan pimpinan politik negara berhempas pulas dalam isu ini sehingga saya tidur tak cukup, sehingga dua kali dinasihatkan untuk masuk hospital.

“Namun kami bekerja dengan penuh semangat hingga berlaku ‘perubahan’ yang sangat menarik (dalam negara), aman, sampai tidak ada satu titik darah pun yang tumpah kerananya,” ujar Abdul Hadi dalam wawancara khas Malaysia Gazette.

Pada 24 Feb lalu, landskap politik negara berubah apabila Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri susulan tindakan sekumpulan pemimpin politik berkumpul di sebuah hotel, yang pada mulanya dikatakan sebagai usaha menghalang jawatan perdana menteri diserahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudian mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka bagi memilih calon perdana menteri.

Krisis itu berakhir apabila Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac dan kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam kemelut politik tersebut, tanggungjawab yang dipikul mereka antaranya memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam itu sendiri tidak terjejas.

“Akhirnya kita berjaya mewujudkan titik pertemuan bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu, Islam yang adil untuk semua.

“Kita juga berjaya mengajak kaum bukan Islam yang tidak esktrim, yang bencikan huru-hara dan pergaduhan untuk bersama kita sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.


MR :  Akan dikenang sebagai penyatuan ummah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan mental dan fizikal pada TGHH dan mereka yang berusaha & bekerja untuk menegakkan syariat Islam di bumiMu ini yang Allah. Dan semoga Allah juga melemahkan dan menghancurkan mereka-mereka yang memusuhi Islam dan menzalimi orang2 Islam...

    BalasPadam
  2. So bila nk laksanakan hudud sm ruu355??

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, azam tu ada, niat tu ada, tindakan dah dibuat, tunggu keizinan dari Allah. Sama2 kita berdoa moga dijayakan. Jangan Hanya banyak bertanya aje. Sama2 kita berusaha.

      Padam
    2. Apa usaha yang dah dibuat tu? Sokong penyamun atau sama2 halalkan menyamun?

      Padam
    3. Kan dah dibahas dalam parlimen aritu. Tapi kepala penyamun terbesar dan geng dapig kamu yg Tak nak undi sokong.

      Padam
  3. Panjang umur dan kesihatan tuan guru haji hadi..ya Allah makbulkan doa kami

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah..dapat upah lumayan..

    BalasPadam