Header Ads

ads header

Flash News

Gurauan belanja KFC punca dibuli


Berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang remaja dibuli tiga rakan seasrama.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial, hari ini.

"Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC.



"Pihak polis sudah mengenal pasti dan membuat tangkapan ke atas semua individu yang terlibat. Ketiga-tiga suspek di bawa ke balai polis untul tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular di Facebook memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.

Sementara itu Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

#Sumber :  FB 

MR :  Moral pelajar makin rendah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. elok la.. boleh tukar sekolah p sekolah budak jahat dah ni...
    marah sebab tak dapat chicken dinner rupanya...hahahah

    BalasPadam
  2. MANA BOLEH JADI!
    HARI NI AKU NK KEPCI JUGE!!
    KLO TAKDE KEPCI MANA BOLEH TAHAN!!!
    Macam Kicap Jalen juge!!!!
    (Bush penumbuk melayang sebab tak dpt kepci). .

    Macam haram jadah ini budak. dapat kt ak, ak libas paip getah sekuat hati kt muka sorang2. Tak mati, tp bingai semumoq idup

    BalasPadam