Header Ads

ads header

Flash News

Hamzah Dakwa Ada Cubaan Sogok Polis Tutup Isu Tanduo


KOTA KINABALU –
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa ada wakil calon dari sebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah cuba menyogok anggota polis bagi menutup isu ucapan  seorang calon parti itu mempersenda insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu. 

Beliau juga mendakwa sogokan itu adalah bagi meraih sokongan anggota polis terutama dengan pengundian awal hari ini dan anggota polis berkenaan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cubaan sogokan itu. 

“Saya sudah minta anggota kita buat laporan ada cubaan rasuah, semalam cuba nak bagi (rasuah) dan sudah ada laporan SPRM.

“Kalau calon ini langsung tidak fikir tanggungjawab pertahankan negara dan negeri ini, apa jenis manusia sebegini rupa…calon sebegini langsung tidak layak. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya sayang anggota saya (polis),” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan tentang adakah cubaan itu melibatkan anggota polis di Lahad Datu atau jumlah sogokan yang cuba diberi. 

Baru-baru ini, satu klip video tular di laman media sosial memaparkan calon Warisan DUN Segama iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mempersendakan pasukan keselamatan ketika berkempen sehingga mencetuskan kemarahan semua pihak.

#Sumber : – BERNAMA   

     


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. tangkap juga pengunjung ceramah beliau ..
    sebab dlm video tu ramai juga yang bergelak ketawa dan bersorak ketika kata-kata tersebut diucap.

    BalasPadam