Header Ads

ads header

Flash News

Imigresen serbu kebun durian, tahan 110 pendatang asing


Jabatan Imigresen menahan 110 pendatang asing tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Durian selepas menggempur tiga kilang dan 11 kebun durian di sekitar kawasan Raub.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata menerusi empat siri operasi yang dilaksanakan bermula 13 Ogos sehingga hari ini, warga Indonesia mencatatkan bilangan tahanan paling tinggi seramai 94 orang diikuti Myanmar lapan orang dan masing-masing empat warga Bangladesh dan Pakistan.

"Kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah tinggal lebih masa dengan menggunakan pas lawatan sosial yang diberikan kepada pelancong masuk ke Malaysia.

"Warga Indonesia yang paling ramai ditangkap di sini kerana mereka mempunyai kemahiran tentang berkebun dan kami percaya masih ramai lagi pendatang asing tanpa izin berjaya melarikan diri susulan operasi ini diadakan dan operasi ini tidak akan terhenti di sini," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ops Durian yang telah dilaksanakan oleh lebih 25 anggota jabatan itu di Sungai Ruan di Raub hari ini.

Menurutnya, antara cabaran yang dilalui ketika operasi itu ialah kawasan kebun begitu luas, dianggarkan lebih 8,800 hektar selain pemilik kebun telah melatih anjing untuk menjaga kawasan mereka.

Kesemua mereka yang ditahan, katanya, akan dibawa ke depoh Kemayan, Teriang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, Khairul Dzaimee berkata pihaknya masih memburu beberapa individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan cap imigresen didalangi warga Indonesia sejak dua tahun lepas yang dikenali sebagai ‘Sindiket Anton’.

"Kita masih memburu mereka ini, saki baki ahli kumpulan ini masih ada dan kita akan terus mengesan mereka," katanya.

Pada 15 Sept, Bernama melaporkan sindiket berkenaan tumpas susulan dua premis berkaitan kegiatan itu di Sungai Way, Petaling Jaya diserbu dan dalang utama sindiket itu dikenali sebagai 'Anton' berusia 38 tahun dan isterinya, 32, juga warga Indonesia ditahan pada 14 Sept.

Sindiket itu membuat cap palsu imigresen kepada mana-mana individu yang telah tinggal lebih masa sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pemilik pasport akan menghantar pasport berserta bayaran antara RM150 hingga RM250 bagi setiap cap.

#Sumber :  - Bernama  

MR :  Ops Petai lepas ni  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. BYE - BYE UMNO.
    Sokongan beralih pada NGO lslam.
    Menurut sejarah politik negara ni ternyata UMNO lah pengkhianat Agama, Bangsa & Negara paling atas.

    Kaji sejarah akan jumpa antara bukti kukuh ialah :-
    - Kawasan Majoriti Muslim terlepas ke tangan MCA, MIC & Gerakan.
    - Kes Cina besar kepala 13 Mei 1969.
    - Sejarah Singapore terlepas ke tangan Lee Kuan Yew.
    - Sejarah P.Pinang terlepas ke tangan Cina Gerakan.
    - Kes Pengampunan & Pengiktirafan Pejuang Komunis.
    - Kes Kemasukan Pendatang di Sabah.
    - Kes Projek Haram lC seluruh negara.
    - Kes Pengkhianatan Tanah Keluarga Kiram.
    - Kes Serangan Pengganas di Sabah.
    - Kes Pembunuhan di Memali.
    - Kes Reformasi Keadilan.
    - Kes DSAI mata lebam.
    - Kes 1MDB.
    - Kes Lambakan Pendatang.
    - Kes Pemimpin UMNO lari tubuh PAS, S46, PKR, WARISAN & PPBM.
    - Kes Royalti Minyak Kelantan & Terangganu.
    - Kes trio TPM Musa, Ghaffar, Anwar, Mahyuddin lawan PM.
    - Kes Lembu Sharizat NFC.
    - Kes Tanah Haram seluruh negara termasuk Tanah Musang King Raub.
    - Kes team Mahathir lari sokong DAP.
    - Kes FELDA oleh Isa Samad.
    - Kes Kekayaan Anak Mahathir.
    - Kes Had Kuasa Raja-Raja.
    - Kes Rosmah besar kepala.
    - Kes Tokey Cina sogok Pemimpin UMNO.
    - Kes Tender Bawah Meja Kroni UMNO.
    - Kes elak Cukai LHDN.
    - Kes Selenggara PLUS.
    - Kes Hartanah MARA.
    - Kes Tabung Haji.
    - Kes salahguna Dana KWSP, LTAT dll.
    - Kes terbaru DSAI jumpa YDPA.

    Penyokong UMNO sanggup melindungi & mendiamkan diri apabila pemimpin korup mereka melakukan kesalahan demi kesalahan kerana ketaatan mereka utk dapat habuan & kontrak kerajaan.
    Kini pemimpin mereka semakin terdesak bila tiada lg projek & habuan dari kerajaan.
    Pemilihan Agung UMNO juga semakin hampir, mereka tidak boleh lg membeli kesetiaan penyokong mereka utk dapat undi utk terus menerajui negara.
    Ternyata ramai pemimpin korup UMNO yg kepanasan.

    Ingat Pemimpin UMNO akan terus berlepas tangan di akhirat kelak.
    Mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kesalahan mereka.
    Oleh itu ayuh tinggalkan UMNO demi ABATA.

    Perjuangan UMNO telah lama tersasar.
    Apabila pemimpin korup mereka terbabit dakwaan di Mahkamah, mereka sanggup mengheret penyokong mereka ke jurang kemusnahan.

    AYUH RAKYAT MALAYSIA KITA BINA SEMULA NEGARA TERCINTA.

    Ayuh sokong pemimpin politik berwibawa spt spt Ebit Lew, Uncle Kentang, Tokki PPIM, Khaidir Ahmad, Apek Cina, ISMA dll pemimpin yg terbukti Amanah, Telus & Berwibawa.

    BalasPadam